28/09/2022
Kalau turun muar pada hujung minggu, kedai makan yg viral2 biasanya sesak terutama waktu sarapan pagi. Penat menunggu meja kosong? Sate tak termasuk dalam list sarapan? Cuba beralih arah, naik jambatan muar, sebelah kilang ST ada medan selera Tanjung Agas. Kedai Selera D Damea dibuka seawal 7 pagi dengan menu sarapan pagi yang sesuai untuk citarasa semua.
Lokasi mudah di cari. Tempat parking banyak. Tempat makan pun luas kerana hanya kedai ini buka pagi. Kedai lain beroperasi malam.
Sajian yang disediakan seperti nasi goreng, mee goreng, mihun goreng, mee kari, soto, mihun soto, lontong , ayam goreng dan nasi lemak.
Yang special disini ialah roti jala dan lempeng cicah kuah kari.
Sambil menunggu hidangan sampai, boleh cuba beberapa keping kuih yg dibuat sendiri oleh tuanpunya kedai. Kuih tradisional juga ada seperti lepat ubi, lepat pisang, apam kelapa, karipap dan keria keledek.
Saya datang kekedai ini bersama suami, kadangkala dengan cucu yg s**akan ayam goreng. Review kali ini untuk 2 kali datang....haha sebab kali pertama datang agak lewat. Hya order lontong shj.
Kami makan
📍lontong
📍nasi lemak
📍roti jala + kuah kari
📍lempeng + sambal
📍teh o panas
Review ada pada setiap gambar
Semua review adalah cetusan rasa dan pendapat peribadi penulis.
Berdasarkan pengalaman, kedai ini mmg menjadi tumpuan kariah masjid dan pekerja kilang sekeliling.
Jika datang selepas pukul 11 pagi, anda mungkin boleh nikmati asam pedas dan juadah tengahari di kedai ini.
Cubalah!!
📌Nama kedai : Selera D Damea
📌Lokasi : Medan selera Tanjong Agas, Tangkak, Johor.
📌Waktu operasi: 7.00am - 2 pm