Assalamualaikum,
Selamat datang ke lawan web Media Zuraz. Laman web ini memaparkan pakej-pakej fotografi dan videografi berkualiti pada harga berpatutan, koleksi video hasil kreativiti krew Media Zuraz, artikel-artikel tentang fotografi dan videografi, diari gerak kerja krew Media Zuraz dan sebagainya. Kami memulakan episod perjuangan dalam bidang fotografi dan videografi ini sebagai ruang untuk
mengekspirasikan minat mendalam terhadap seni ini. Media Zuraz telah dilancarkan pada 16 September 2010 dengan objektif untuk menyediakan perkhidmatan fotografi dan videografi yang berkualiti pada harga berpatutan agar semua orang mampu memiliki foto dan video sendiri dan tidak membebankan. Media dianggotai oleh Cikgu Zack, Pojie, dan Azfar. Segala hasil foto dan video kreatif merupakan karya fotografi videografi yang dibuat secara berkumpulan. Ini untuk memastikan segala perkhidmatan dan produk kami berkualiti dan menepati citarasa pelangan. Buat masa ini, krew kami merupakan ‘part-timer Photograhper and videographer’. Insya-Allah, Media Zuraz akan terus menggunakan teknologi terkini dan menambahbaiki corak persembahan video yang lebih mantap dan menarik dari masa ke semasa. Terima kasih
“Persona Memori Anda”
Cikgu Zack
www.mediazuraz.com