30/01/2022
Hujung minggu ni kali admin sama kawan-kawan pergi ke Pasakon Beach Camp Site - PBCS yang terletak di area papar.
Sengaja p**a mau rasa deburan air laut.
Lebih kurang 40 minit dari bandaraya Kota Kinabalu ke Kg. Beringgis ni.
Selepas masuk simpang ni, kamu akan melalui jalan kecil dan rumah-rumah penduduk kampung di kiri kanan.
Memandangkan kami ke sana bersama 4 buah keluarga, jadi kami decide menyewa shelter RM100 satu malam untuk dijadikan tempat memasak dan makan.
Sewa tersebut termasuk kerusi, meja, BBQ pit dan power supply juga.
Sebenarnya cuaca diramal hujan dua hari ini, konon shelter boleh dijadikan tempat berteduh juga, syukur cuaca baik sepanjang kami disana.
View sunset memang cantik disini pada penggemar ya.
Surau juga ada disediakan disini pada pengunjung yang menunaikan solat dengan selesa.
-admin eiin-