06/09/2026
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata usaha memperkasa mualaf perlu merangkumi pendidikan agama, bimbingan kerohanian, kebajikan, pembangunan ekonomi, latihan kemahiran serta sokongan sosial agar mereka mampu menjalani kehidupan sebagai Muslim dengan penuh keyakinan dan istiqamah.
Pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Ijtima’ Amal Islami Mualaf Madani (IJMAM) Peringkat Kebangsaan 2026, beliau menegaskan bahawa IJMAM bukan sekadar perhimpunan atau pertandingan, tetapi wadah memperkukuh kefahaman Islam, membina jati diri dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan saudara baharu dari seluruh Malaysia.
Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha yang dapat memperkasa masyarakat termasuk komuniti mualaf supaya mereka mempunyai peluang untuk maju, berdikari dan menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.
Memperkasa Mualaf, Memperkukuh Ummah 🤲🏻