06/04/2026
jom pre-convo photoshoot! 📸🎓
[𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡] 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗞𝗘-𝟭𝟬𝟰
Seluruh Warga UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-104. Masa yang dinantikan telah tiba, raikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 akan berlangsung bermula pada 𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 mengikut jadual seperti berikut:
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 - 𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 - 𝟵 - 𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
🗓️ 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 - 𝟮𝟯 - 𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
Maklumat lanjut berkenaan Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-104, layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen UiTM. (Pautan diruangan komen)
Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
//.../
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: //.
Selamat bergraduasi. Semoga detik ini menjadi permulaan yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا