25/02/2024
๐๐๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ป๐๐ฎ๐ป
Minggu lalu, ketika saya dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim, staf saya telah memaklumkan bahawa terdapat seorang staf Kementerian Komunikasi yang terpaksa kembali ke tanah air kerana bertarung dengan kesakitan ketika menunaikan Umrah. Adda salah seorang pegawai di Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi disahkan menghidap penyakit barah pada tahap 4 dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Selesai mesyuarat, saya bergegas ke Hospital Serdang untuk melawat dan melihat sendiri keadaan beliau. Saya tahu, walaupun hatinya sedih dan gusar dengan keadaan yang menimpanya, dia sembunyikan perasaan itu dan sentiasa tersenyum sambil bercerita tentang kisah hidupnya.
Adda adalah โhappy pillโ kepada rakan-rakan sekerja, malah bos beliau juga kata Adda seorang yang sangat rajin, komited, dan biasanya orang yang pertama sampai dan yang terakhir balik.
Bulan lepas semasa dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah, dia rasa teramat sakit di dada. Namun dia teruskan juga perjalanan demi menunaikan ibadah kepada Allah, sambil memohon doa agar kesakitan itu hilang sepenuhnya. Sedang dia beribadah, tiba-tiba berlaku pendarahan tanpa henti pada bahagian payudara. Selesai ibadah umrah, Adda segera p**ang ke Malaysia kerana khuatir akan keadaan kesihatannya di sana.
โDan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.โ - Ayat 54, Surah Ali-Imran
Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan Adda sebenarnya menghidap kanser payudara tahap 4. Dia tergamam, terkejut, lidah kelu tak terkata apa-apa. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Setelah berbual panjang, Adda menitiskan air mata dan berbisik, โsaya masih single, umur baru 34 dan belum bertemu jodoh.โ Beliau menyimpan harapan untuk terus sihat dan dapat mengecapi segala yang dia impikan. Adda berharap semua wanita di Malaysia ambil iktibar dan mempunyai kesedaran untuk membuat pemeriksaan supaya dapat mengenal pasti sebarang tanda penyakit berbahaya seperti kanser payudara lebih awal.
Saya ambil kesempatan juga untuk memberikan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban Adda dan keluarga untuk menampung beberapa kos yang perlu ditanggung.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, jom kita bantu Adda dengan kongsikan kisah ini atau menderma melalui akaun berikut:
RHB Bank
15129000051263
Rabiatul Adawiyah Abd Jalil