anuar salleh

anuar salleh Tulisan panjang untuk di Facebook, video & podcast untuk dan fotografi untuk . Semoga ilmunya barakah.

Amin,

anuarsalleh
May 2020

Si Montel
31/07/2023

Si Montel

Sedikit saja sudah mencukupi.
14/01/2023

Sedikit saja sudah mencukupi.

27/10/2022

Kenapa follow anuarsalleh?

Asiah dah habis isolation Cikenpok. Seronok dia dapat main kt luar. Sebelum ni kesian tengok dia menangis-nangis nak mai...
06/08/2022

Asiah dah habis isolation Cikenpok. Seronok dia dapat main kt luar. Sebelum ni kesian tengok dia menangis-nangis nak main kat luar.

Cuba main dengan perspektif masa amik gambar keluar taman. Pemandangan biasa akan jadi sikit 'umph' bila macamni.

Kita cuba elak fidgeting phone masa main dengan anak. Anak dah sedia ada chemestry dengan kita. Mudah nak ambil momen sebenarnya.

Nak tahu siapa pemilik asal SEGi University & Colleges?Nama beliau ialah Tan Sri Clement Hii yang berasal dari Sibu, Sar...
13/06/2022

Nak tahu siapa pemilik asal SEGi University & Colleges?

Nama beliau ialah Tan Sri Clement Hii yang berasal dari Sibu, Sarawak.

Sejak sekolah rendah, beliau nampak peluang meniaga dengan menjual suratkhabar. Punyalah bijak, mula-mula beliau buat sorang-sorang setiap pagi sebelum pergi sekolah.

Lepas beberapa lama, beliau tak larat buat sorang. Nak tau dia buat apa?

Beliau upah kawan-kawan sekolah untuk jadi agen penghantar akhbar berbahasa Cina.

Jadi akhirnya, beliau ada rangkaian penjualan suratkhabar di kawasan rumah dan sekolahnya.

Dalam usia 9 tahun, Tan Sri Clement Hii ni dah pandai jadi usahawan.

Kebetulan, dia s**a juga menulis. Setiap minggu waktu Tingkatan 4 dan 5, beliau menghantar artikel ke Borneo Bulletin (waktu itu, Borneo Post hanyalah akhbar mingguan).

Bayangkan kerajinan dan usaha yang bersungguh-sungguh, beliau menjadi wartawan penuh selepas editor Hugh Mabbett datang ke Sibu dari pejabat utama di Kuching.

Setelah setahun bertugas di ibu pejabat Brunei, dia ditawarkan menjadi Ketua Editor di akhbar yang sekarang dikenali sebagai Sarawak Herald.

Setelah enam bulan kembali ke Sibu, akhbar See Hua Daily News yang akhirnya bertukar nama kepada The Borneo Post dengan format akhbar bahasa Inggeris harian, beliau dilantik sebagai Ketua Editor pada usia 19 tahun.

Sedekat lepastu, beliau dilantik p**a menjadi Pengerusi Eksekutif akhbar berbahasa Inggeris paling besar di Malaysia, Star Publication

Pada umur 32, beliau kembali melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang. Setelah tamat belajar, beliau melakukan sesuatu yang mengejutkan.

Beliau membeli kolejnya sendiri di Kuching dan digelar sebagai 'Hii who bought his college' (Hii yang membeli kolejnya).

Waktu itu, hanya enam orang pelajar di kolej berkenaan. Ia berkembang dan ditukar nama sepagai PRIME College di Petaling Jaya.

Setelah menjadi CEO kump**an pada tahun 2000, beliau sekali lagi melakukan pembelian kolej dengan cara pengambilalihan berbalik (reverse takeover) kepada Systematic Group of Colleges.

Dengan pengambilan beberapa lagi kolej swasta kecil dengan pengambilalihan melalui pemilikan saham, Systematic Education Group Berhad telah berevolusi menjafi SEG International Berhad.

Saya juga ada kenal beberapa staf senior yang di offer beberapa lot Bon oleh syarikat. Masa dapat p**angan, mereka seperti dapat durian runtuh.

Pada 2012, SEGi telah berjaya mencapai tahap 'full fledge' Universiti.

Sebelum wujud banyak sekolah kejurutawatan di Kuala Lumpur yang lain, SEGi adalah salah satu pusat pembelajaran jururawat terbesar yang pernah ada dalam industri!

Setakat 2021, SEGi ada lebih kurang 18,000 orang pelajar di seluruh kampus di Kota Damansara (Universiti), Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin Bin Dato’ Seri Dr. Haji Megat Khas adalah salah seorang individu yang bersama SEGi sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas. Tan Sri Clement Hii Chii Kok p**a sebagai Pengarah Urusan Kump**an.

Ada lebih kurang 36 syarikat berasaskan pendidikan, teknologi dan hartanah yang bernaung di bawah payung SEG International Berhad.

HCK Group adalah salah satu syarikat yang dipengerusikan oleh beliau secara eksekutif. Jika pernah baca atau lihat akhbar bisnes Focus Malaysia, ia juga asalnya dari idea beliau. Sekarang akhbar ni sudah ada pemilik baharu.

Dikatan juga, HCK Capital yang bernaung di bawah kump**an ini asalnya adalah Golsta Synergy Bhd yang diambil alih pada 2014.

Beliau juga punya yayasan sendiri yang dinamakan Hiichiikok Foundation. Pelajar yang memerlukan bantuan pelajaran selepas tamat sekolah menengah.

Pernah datang kedai kopi Jamaica Blue Coffee? Ini juga adalah milik HCK Group sejak mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar 2013. Tahun lepas ia telah dilepaskan untuk mereka fokus dalam bidang hartanah dan pendidikan.

Projek-projek berasaskan hartanah dan bandar pendidikan dibuat lebih banyak oleh syarikat-syarikat beliau dalam masa akan datang.

Dalam satu wawancara, beliau menyatakan bahawa nilai pembangunan kasar (GDV) dalam industri ini adalah bernilai RM6 bilion.

Kami pernah melihat model bangunan 'high rise' perumahan dan sekolah antarabangsa yang sedang dibangunkan beberapa tahun lepas.

Mungkin ini adalah salah satu projek yang dikatakan. Kami juga di offer untuk membeli unit rumah di sana dengan diskaun menarik.

Berikut adalah antara selebriti Malaysia yang pernah menuntut di SEGi ialah Nelydia Senrose, Syifa Melvin, Farah Nabilah, Sweet Qismina dan Ramina Zamzam. Tak kurang juga 'influencer' dari negara luar Abdullah Zubayer.

Waktu saya menulis, page beliau punya 6 juta (6,013,450) followers dan masih aktif menulis di laman web miliknya sendiri.

Seingat saya, beliau juga punya tiga orang anak. Adeline adalah anak perempuan pertama , Clifford dan Audrey. Anak pertama memegang sijil akauntan dan paling kecil sebagai doktor gigi. Saya hanya pernah berjumpa anak lelakinya, Clifford.

Apa yang buat saya hormat beliau dan anak lelakinya adalah dengan memberi peluang anaknya belajar dari bawah sebelum terus mengambil alih jawatan utama dalam syarikat.

Clifford mempunyai ijazah undang-undang seperti ayahnya. Tapi saya masih ingat sekitar 2013-2014 beliau menjadi staf biasa di jabatan pemasaran, kewangan dan beberapa jabatan lain di SEGi.

Pernah juga beliau membawa pelawat dan ibubapa sekeliling universiti sebagai pegawai pemasaran.

Beliau juga tidak heboh mengatakan dia anak pemilik syarikat. Pada 2013 adalah antara masa saya banyak luangkan masa dengan beliau dalam latihan mendaki ke Gunung Kinabalu.

Sebenarnya ada banyak pelajaran dan pengalaman yang saya timba sepanjang bekerja dengan syarikat beliau.

Saya rasa masih muda jika dibandingkan dengan beliau yang 20 tahun lebih berusia dari saya.

Kejayaan itu bukanlah apa yang kita miliki. Ia adalah perjalanan jauh yang telah kita terokai. Ada masa jatuh, ada masa luka dan ada masanya gembira.

anuarsalleh
13 Jun 2022

--------
PENAFIAN.

Saya langsung tidak ada kaitan dengan SEGi University, SEG International, HCK dan apa-apa berkaitan dengan penulisan saya di atas.

Tulisan ini hanyalah dari pengalaman dan pengamatan saya sepanjang kerjaya bersama mereka sejak 2011 hingga 2020.

Saya telah ditamatkan perkhidmatan oleh SEGi sejurus kerajaan Malaysia ishtiharkan tamat PKP pada May 2020.

2021 banyak beri kejutan dan tambah nilai untuk diri saya.Peluang masih terbuka luas untuk kita belajar perkara baharu d...
31/12/2021

2021 banyak beri kejutan dan tambah nilai untuk diri saya.

Peluang masih terbuka luas untuk kita belajar perkara baharu dan teroka ruang yang ada.

Jujurnya, banyak perkara positif yang berlaku pada kita semua walaupun ada sisi yang negatif. Setuju?

Saya bukanlah pakar motivasi atau graduan psikologi, tapi kehidupan yang mengajar kita nilai hidup, dan bagaimana kita menjalani kehidupan adalah pelajaran yang harus saya kongsikan.

Semoga tahun mendatang berikan kita seribu lagi pengajaran untuk kita nikmati.

Selamat Tinggal 2021,
anuar salleh

Saja pajak sini untuk tontonan semua.
31/12/2021

Saja pajak sini untuk tontonan semua.

⚡️ The Official Goal Zero Malaysia Shopee Store ⚡️ Operation Hours: 9am to 6pm on Weekdays (Excluding Public Holidays) ⚡️ All products come with 1 year Local & Original Warranty ⚡️ Follow our store for More Updates and Exciting Deals! “GOAL ZERO, POWERS ANYTHING, ANYWHERE.” Disco...

19/09/2021
“Anuar, macam mana saya nak menyumbang kempen Bendera Putih?’.“Kau tak nak buat ke bantuan Bendera Putih?”.======Ini ant...
14/07/2021

“Anuar, macam mana saya nak menyumbang kempen Bendera Putih?’.

“Kau tak nak buat ke bantuan Bendera Putih?”.

======

Ini antara pertanyaan daripada rakan-rakan yang saya terima mengenai kempen Bendera Putih apabila lebih ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan Covid-19.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, bila makanan asas sangat diperlukan oleh mereka yang terkesan. Kehilangan sumber pendapatan kerana terpaksa dikuarantin, perniagaan terjejas atau kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba. Ada juga yang dalam kegelapan bila tidak mampu membayar bil utiliti. Belum lagi kisah anak-anak keciciran dalam persekolahan.

Saya tidak mampu untuk memikul tanggungjawab ini bersendirian. Ada yang lebih berpengalaman.

Melalui Yayasan IKRAM Malaysia, anda boleh menyumbang dalam kempen Bendera Putih.

Insya Allah. Dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain.
Salurkan infaq anda dengan klik pautan ini :
https://www.billplz.com/whiteflag

atau

Yayasan Ikram Malaysia
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj : WhiteFlagAlert

“Bersama menyumbang, berkongsi barakah”

Setiap individu punya kemampuan dan kelebihan tersendiri. Kita boleh menjadikan seseorang sebagai sumber inspirasi dan m...
23/05/2021

Setiap individu punya kemampuan dan kelebihan tersendiri. Kita boleh menjadikan seseorang sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk kita kembangkan potensi diri.

Tapi sentiasa beringatlah, setiap diri kita punya tahap dan kebolehan yang berbeza.

Belajar sesuatu adalah proses, bukan magis.

Hari ke-10,
anuarsalleh

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when anuar salleh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share