12/05/2026
Para sahabat Rasulullah SAW bukan tokoh biasa. Mereka insan pilihan yang dimuliakan kerana pengorbanan dan perjuangan mereka bersama Islam. Sebab itu, setiap kisah yang disampaikan tentang mereka wajib bersandar kepada riwayat yang sahih dan bukan sekadar cerita yang tidak pasti sumbernya.
Apabila kenyataan yang dilihat menghina atau menjatuhkan martabat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali ุฑุถู ุงููู ุนููู
tersebar kepada masyarakat, ia menimbulkan keresahan besar dalam kalangan umat Islam.
Atas dasar adab terhadap para sahabat dan demi mengelakkan fitnah terus berpanjangan, saya mendesak YB Datoโ Dr Nik Zawawi tampil memperbetulkan kenyataan serta memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.
Perbezaan politik tidak pernah menghalalkan kita berbicara tanpa kecermatan terhadap insan-insan yang dimuliakan oleh Rasulullah SAW.
Video Asal : Ustaz Elyas