FOTO CAFE MUAR

  • Home
  • FOTO CAFE MUAR

FOTO CAFE MUAR Laman cerita Muar melalui lensa fotografi
Tempat lepak visual untuk kenangan & kisah tempatan. FOKUS MUAR – FOTOGRAFI KREATIF UNTUK SUKAN MUAR

Warisan Dalam Bulatan​"Ada sebab kenapa pakcik ni tetap setia dengan acuan tembaganya walaupun zaman dah berubah. Lihat ...
10/05/2026

Warisan Dalam Bulatan

​"Ada sebab kenapa pakcik ni tetap setia dengan acuan tembaganya walaupun zaman dah berubah. Lihat saja tekstur keemasan pada setiap keping apam ini, itu bukan sekadar hasil masak, itu hasil pengalaman berpuluh tahun.

​Kadang-kadang, kita sibuk mengejar yang 'viral', sampai terlupa pada 'hidden gem' yang sentiasa konsisten menjaga rasa di celah bandar Muar. Bagi kami di Foto Cafe Muar, ini bukan sekadar juadah petang, tapi satu seni visual yang wajib dirakam.

​Setuju tak kalau kami katakan, ini antara Apam Bulat paling 'legend' di Muar?

Cer komen sikit siapa yang dah biasa lepak sini.

Di celah lopak air yang orang lain cuba elak,ada kehidupan kecil yang terus berjalan seperti biasa.Tak semua pagi datang...
09/05/2026

Di celah lopak air yang orang lain cuba elak,
ada kehidupan kecil yang terus berjalan seperti biasa.

Tak semua pagi datang dengan langit cantik.
Kadang cukup dengan riak air, bunyi bandar, dan beberapa ekor burung yang tak peduli tentang sibuk manusia.

Street moment yang tak dirancang.
Sekadar berhenti sekejap… dan menekan shutter pada waktu yang tepat.

TERMINAL BAS BENTAYAN, MUAR
9 MEI 2026
FOTO CAFE MUAR













Dalam bandar yang sentiasa bergerak,alam masih hidup perlahan.Diam di hujung ranting,memerhati tanpa suara.Kadang-kadang...
08/05/2026

Dalam bandar yang sentiasa bergerak,
alam masih hidup perlahan.

Diam di hujung ranting,
memerhati tanpa suara.

Kadang-kadang kita lupa…
Muar bukan cuma tentang jalan, bangunan atau manusia.

Di celah hijau yang makin berkurang,
masih ada kehidupan yang memilih untuk kekal diam.

— FOTO CAFE MUAR















Ada benda yang kita nampak setiap hari…tapi jarang kita fikir macam mana ia bermula.Huruf “MUAR” yang kita lalu,yang jad...
05/05/2026

Ada benda yang kita nampak setiap hari…
tapi jarang kita fikir macam mana ia bermula.

Huruf “MUAR” yang kita lalu,
yang jadi latar gambar ramai orang
pernah juga dipasang satu persatu,
oleh tangan-tangan macam ni.

Panas, tinggi, dan mungkin nampak biasa,
tapi di situlah kerja dibuat, tanpa banyak cerita.

Hari ini kita lalu, ambil gambar, terus jalan.

Tapi ada orang yang pernah berdiri di situ…
supaya nama Muar itu boleh dilihat dari jauh.

Ogos 2013.

















4 MEI 2026 | SELAMAT HARI BOMBA SEDUNIADi sebalik siren yang kita dengar,ada manusia yang berlari menuju bahaya.Bukan ke...
04/05/2026

4 MEI 2026 | SELAMAT HARI BOMBA SEDUNIA

Di sebalik siren yang kita dengar,

ada manusia yang berlari menuju bahaya.
Bukan kerana mereka kebal,

tapi kerana itu tanggungjawab yang mereka pikul setiap hari.

Selamat Hari Bomba sedunia
terima kasih kerana memilih untuk berani, ketika orang lain memilih untuk selamat.
















Ada yang pulang pagi,Ada yang pulang senja,Ada yang keluar dengan penuh harapan dan tawakkal,Ada yang keluar dengan penu...
04/05/2026

Ada yang pulang pagi,
Ada yang pulang senja,

Ada yang keluar dengan penuh harapan dan tawakkal,
Ada yang keluar dengan penuh semangat,

Semua bergantung pada Nya,

Sunyi...
Diam...

Tapi hati tetap berdoa...
Pada yang Kuasa...

Parit Jawa | 2 MEI 2026








Hujan turun tanpa bagi amaran.Dalam beberapa minit, semua berkumpul di bawah bumbung.Yang kecil pegang beg kuat-kuat, ya...
02/05/2026

Hujan turun tanpa bagi amaran.

Dalam beberapa minit, semua berkumpul di bawah bumbung.
Yang kecil pegang beg kuat-kuat, yang besar dah mula jalan redah.

Situasi macam ni… hampir semua pernah rasa.

Bezanya dulu kita yang tunggu.
Sekarang mungkin kita yang datang ambil.






SELAMAT HARI PEKERJAJalan ni mungkin sunyi…tapi di sinilah ramai memulakan hari.Tak ada punch card,tak ada cuti hujung m...
30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA

Jalan ni mungkin sunyi…
tapi di sinilah ramai memulakan hari.

Tak ada punch card,
tak ada cuti hujung minggu yang tetap.

Hanya langkah yang diulang,
dari pagi sampai petang,
demi cukupkan apa yang perlu.

Kadang kita nampak hasilnya,
tapi jarang kita fikir siapa yang memulakan semuanya.

Selamat Hari Pekerja
untuk yang terus bekerja, walau tak selalu terlihat.

FOTO CAFE MUAR

















30/04/2026

Post makan tengah hari dengan perlbagai lauk.
Menu Utama - Asam Pedas.




Pagi di sungai Muar tak pernah sunyi.Bunyi air, bunyi bot… dan bunyi kerja yang tak pernah berhenti.Ikan-ikan yang baru ...
30/04/2026

Pagi di sungai Muar tak pernah sunyi.

Bunyi air, bunyi bot… dan bunyi kerja yang tak pernah berhenti.
Ikan-ikan yang baru naik, disusun satu per satu.

Bukan sekadar hasil tangkapan… tapi hasil usaha dari laut yang tak selalu memberi.

Kita selalu nampak ikan di pasar.

Tapi jarang nampak siapa yang bangun awal untuk pastikan ia sampai ke tangan kita.
Di sini… rezeki bermula dari air.

Muar l 2012

Pernah satu ketika… Muar jadi begini....Jambatan Jambatan Sultan Ismail, Muar, hampir hilang dalam jerebu.Dari jauh, sem...
29/04/2026

Pernah satu ketika… Muar jadi begini....

Jambatan Jambatan Sultan Ismail, Muar, hampir hilang dalam jerebu.
Dari jauh, semuanya nampak sama, kelabu, sunyi, dan perlahan.

Orang tetap keluar bekerja.
Bot masih jalan seperti biasa.

Hidup tak berhenti… walaupun pandangan makin terbatas.

Kadang kita tak sedar,
ada hari-hari yang berat macam ni… tapi tetap dilalui juga.

Korang masih ingat waktu jerebu paling teruk dulu?

FOTO:
Nikon D750 + 70-200mm Vr1










Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FOTO CAFE MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Photography Service?

Share