Xihf Badger Photography

Xihf Badger Photography Kelantan Photographer | Cover Any Event | Photobook Service | Kindly PM for Any Inquiries

"Sunyi" sesi bergambar hari ni.Tarikh cantik 26.6.26. Hari yang meninggalkan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Alham...
26/06/2026

"Sunyi" sesi bergambar hari ni.

Tarikh cantik 26.6.26. Hari yang meninggalkan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Alhamdulillah, selesai tugasan fotografi perkahwinan di Pengkalan Kubor.

Hari ini juga merupakan kali pertama saya diberi peluang merakam detik bahagia pasangan pengantin yang sangat istimewa.

Kedua-duanya tidak boleh mendengar dan tidak boleh bertutur. Mereka berkomunikasi sepenuhnya menggunakan bahasa isyarat.

Alhamdulillah, sepanjang bertugas petang tadi, semuanya berjalan lancar dan saya belajar banyak perkara baru.

Hebat percaturan Allah.

Setiap kali turun bertugas, pasti ada sahaja pengalaman baharu yang mengajar saya melihat kehidupan daripada sudut yang berbeza.

Sebagai jurugambar, bukan sekadar gambar yang saya bawa p**ang. Tetapi juga cerita, pengalaman dan pengajaran yang tidak ternilai.

Semoga kedua-dua mempelai dikurniakan rumah tangga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah serta kekal hingga jannah.

Alhamdulillah, selesai urusan gambar petang ini. Sambung urusan yang seterusnya p**a.

Selesai petang tadi di Aur Cino, Slow Machang, Pasir Mas. Satu lagi tarikh yang agak panas pada musim kali ini.Jumpa pad...
06/06/2026

Selesai petang tadi di Aur Cino, Slow Machang, Pasir Mas. Satu lagi tarikh yang agak panas pada musim kali ini.

Jumpa pada bulan Ogos p**a.

Sampai tak perasan butang baju pun dah terbuka.

Selesai di outdoor di Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah petang ni. Pagi tadi akad nikah di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa da...
30/05/2026

Selesai di outdoor di Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah petang ni. Pagi tadi akad nikah di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa dan majlis sanding pun di Pengkalan Chepa juga.

Alhamdulillah, selesai untuk hari ini maka selesai jugalah untuk bulan ni, esok masih kosong kalau ada yang perlukan fotografer.

Tanda tidak scam orang hari ni, mesti ada gambar dengan pengantin pada tarikh panas hari ni. Pengantin hari ni pun dah tak larat, dari awal pagi sampai ke petang hari ni.

Semoga dipermudah semua urusan bagi pengantin yang menghadapi masalah hari ini.

Ada satu je lagi tugasan untuk musim cuti kali ni.

Selesai untuk hari ni di Kampung Siram, Alor Pasir, Pasir Mas.Berjaya ajak pengantin outdoor masuk kebun getah sekejap t...
28/05/2026

Selesai untuk hari ni di Kampung Siram, Alor Pasir, Pasir Mas.

Berjaya ajak pengantin outdoor masuk kebun getah sekejap tengah hari pada hari ni.

Awalnya pengantin dah surrender untuk outdoor sebab cuaca panas dan masa pun dah suntuk. Tapi, berjaya juga untuk ajak outdoor sekejap.

Untuk bulan ni, masih ada 2 lagi tarikh kosong, iaitu 29 dan 31 Mei. Ada yang perlukan fotografer bolehlah roger-roger.

Antara keseronokan jadi jurugambar ni adalah boleh singgah ke banyak masjid. Kalau nak harapkan pergi ke masjid-masjid ni tanpa ada sebab yang membawa ke kawasan masjid tu, rasanya memang agak payah untuk sampai.

Tapi, bila ambil gambar ke merata tempat ni, boleh la singgah di mana-mana masjid dalam perjalanan urusan kerja.

Selesai petang tadi di Tanah Merah. Shoot untuk Dynaa Wedding Planner Shoot p**a bersama seorang lagi sahabat fotografer...
02/05/2026

Selesai petang tadi di Tanah Merah. Shoot untuk Dynaa Wedding Planner

Shoot p**a bersama seorang lagi sahabat fotografer. Duk sebelah kampung je rupanya.

Masih berbaju G100 Public Gold.

Selesai di Jeli hari ini. Penutup tirai musim wedding kali ini.Alhamdulillah, dengan job hari ini, maka tamatlah siri tu...
28/03/2026

Selesai di Jeli hari ini. Penutup tirai musim wedding kali ini.

Alhamdulillah, dengan job hari ini, maka tamatlah siri tugasan sebagai jurugambar perkahwinan untuk musim perayaan kali ini.

Dari awal raya hingga ke hari ini, pelbagai cerita, pengalaman dan kenangan berjaya dirakam.

Buat masa ini, kamera akan berehat seketika. Jumpa semula insyaAllah pada musim cuti Hari Raya Aidiladha dua bulan lagi.

Terima kasih kepada semua pasangan yang memberi kepercayaan. Satu penghargaan besar untuk setiap peluang yang diberikan.

Untuk yang bakal melangsungkan majlis nanti, yang masih mencari jurugambar, boleh roger-roger.

InsyaAllah, kita rakam hari bahagia anda dengan penuh cerita sebaik mungkin.

24/03/2026

Tarikh 25/3/26 siang & 27/3/26 pagi masih kosong. Perlukan jurugambar? Boleh roger-roger.

Address

Kampung Baru, Pasir Pekan
Pekan

Telephone

+60145278817

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Xihf Badger Photography posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category