MyFoto Jabatan Penerangan Malaysia

  • Home
  • MyFoto Jabatan Penerangan Malaysia

MyFoto Jabatan Penerangan Malaysia Portal Khazanah Foto Negara

15/01/2025
Jumpa kami di reruai Jabatan Penerangan Malaysia untuk dapatkan maklumat mengenai portal MyFoto.
06/12/2024

Jumpa kami di reruai Jabatan Penerangan Malaysia untuk dapatkan maklumat mengenai portal MyFoto.



Berminat untuk mendapatkan fotograf di dalam portal MyFoto?Rujuk Panduan Perolehan Fotograf di bawah untuk mengetahui ca...
19/11/2024

Berminat untuk mendapatkan fotograf di dalam portal MyFoto?

Rujuk Panduan Perolehan Fotograf di bawah untuk mengetahui cara membuat pembelian, pembayaran, kadar harga dan maklumat berkaitan.

Layari https://online.fliphtml5.com/asaal/szol/ untuk versi flipbook.




Kenapa agaknya?
05/09/2024

Kenapa agaknya?

Mengapa Photographer Memakai Pakaian Berwarna HITAM?
Kali ni kita buat topik santai-santai, bukan rocket science tapi masih ada juga yang tak tahu sebabnya dan sebab apa sebaiknya memakai pkaian berwarna hitam atau gelap.
Saya teringat satu ketika sewaktu menghadiri sebuah bengkel photography di SOGO oleh Fujifilm Malaysia pada awal tahun 90an. Dulu di bahagian atas SOGO ada air terjun, tak pasti ada lagi ke tak.
Jurufoto yang dijemput untuk mengendalikan bengkel itu boleh dikatakan agak Legend di Malaysia ni dan saya rasa majority dah tentu tak kenal terutama adik kakak generasi Smartphone, generasi seusia saya pun mungkin ingat-ingat lupa akan kewujudannya.
Saya agak tersentak sedang khusyuk mendengar penerangan daraipada jurufoto tersebut apabila tiba-tiba beliau menunjuk ke arah saya "Photographer Should Wear Black, Like That Guy (Sambil Menunjuk Ke Arah Saya) over there." kebetulan waktu itu saya memang memakai baju berwarna hitam. Ada ramai yang hadir memakai baju pejabat. Salah satau sebab beliau menunjuk ke arah saya ialah sebab tak ramai yang memakai baju berwarna hitam waktu itu kecuali jurufoto yang mengendalikan bengkel ini.
Mr. S. Arase Sugawara nama beliau dan beliau adalah pengasas kepada Kelab Shashin Fotografi Kuala Lumpur. Zaman awal 90an dulu kalau sebut Arase Sugawara, memang kebanyakan jurufoto waktu itu kenal sangat dengan beliau dan beliau memang berasal dari Jepun.
Anyway antara sebab mengapa jurufoto memilih untuk memakai pakaian berwarna hitam adalah untuk mengurangkan kesan reflection, tapi situasi ini kita tengok tempat. Waktu di bengkel foto bersama Arase Sugawara, kami disediakan dengan 2 orang model kalau tak silap saya. (Untuk Sesi Portraiture)
Dan salah satu sebab dia kata kena berpakain warna Hitam atau gelap supaya kalau kita rakam potret terutamanya kalau secara close up, head and shoulder, kita tak nak nampakkan reflection baju kita pada mata subjek, bayangkan kalau kita pakai baju berwarna cerah, warna kuning atau putih, memang akan nampak di mata subjek.
Bagi yang tak mengenali Arase Sugawara mungkin tak faham, beliau adalah seorang jurufoto yang cukup details dalam bekerja. Zaman tu zaman filem, bukan mudah nak touch up bahagian mata macam zaman AI sekarang.
Lagi satu contoh kalau kita memakai pakaian berwarna kuning, atau merah dan merakam gambar subjek secara dekat yang mana subjek tersebut memakai pakaian berwarna putih, sedikit sebanyak warna baju kita akan reflect balik pada baju yang dipakai oleh subjek dan kalau kita ambil gambar secara close up dan kita pakai baju warna kuning cerah, kesan kekuningan itu sedikit sebanayk akan beri kesan pada skin tone muka subjek.
Sesiapa yang belajar pasal photography tahu bahawa warna terang akan menarik pandangan mata kita dahulu berbanding warna gelap. Contoh gambar rakan saya yang memegang kamera Nikon F tu, mata kita akan lebih terarah kepada kamera tu sebab body kamera tersebut berwarna cerah, bayangkan kalau sahabat saya memakai baju berwarna putih, dah tentu kamera tersebut agak tenggelam dalam gambar sebab tumpuan mata kita akan lebih terarah pada baju putih tersebut dan kemudian barulah kita melihat pada kamera tersebut. Ianya merupakan satu gangguan atau distraction pada subjek utama kita.
Warna hitam juga memudahkan diri kita blend dengan environment dan kalau kita membuat liputan dalam majlis yang besar yang mana ada bebrapa kamera still dan kamera video, kalaupun kita ter-Enter Frame, kurang sikit mengganggu visual rakaman, kalau kita memakai pakaian berwarna hitam.
Bayangkan kalau ada Videographer yang ambil gambar long shot dari belakang dan kita yang memakai baju putih meluru ke depan stage untuk ambil gambar secara close up, sedangkan jurufoto lain semua memakai pakain berwarna hitam, rasany mau Menyirap Videographer dekat belakang tu. Enter frame satu hal, pakai pulak baju warna putih, rosak gambar.
Faktor "Blend In" ini juga merupakan antara sebab kebanyakan Jurufoto Jalanan atau Street Photographer gmar memakai pakaian berwarna hitam, sebab warna hitam tidak menonjol, cuba bayangkan situasi di temoat yang ramai orang, kita memakai pakaian berwarna hitam, kamera kita juga warna hitiam, kadang-kadang orang tak perasan oun di tangan kita ada kamera, sebab kamera dan baju kita dah "Blend In."
Ingat satu saja, "Bright Subject Attracts Attention" dan kita kalau ke satu-satu majlis tak nak perhatian orang tertumpu ke arah kita.
Sebab tu kalau kita biasa pergi events, kebiasaanya jurufoto Event memakai pakaian seragam berwarna hitam. Bukannya industri standard, bukan wajib pakai hitam tetapi dari segi praktikalnya dan sepatutnya begitulah.
Bukan hanya Jurufoto atau Videographer yang memakai pakaian berwarna hitam, tetapi boleh dikatakan hampir kesemua Krew Teknikal, memilih untuk memakai pakaian berwarna hitam atau warna gelap.
Ada seorang photographer potret dari barat ni, dia akan suggest subjek dia memakai pakaian berwarna gelap untuk sesi foto dengan dia sebab tak nak bajunya lebih menarik perhatian dari wajah mereka kecuali dia ditugaskan merakam anggita beruniform yang mana uniformya itu berwarna putih atau cerah, itu special case tak boleh buat apa..
Kalau ada apa nak tambah boleh tambah di ruang komen. Janganlah bagi saya syiok sendiri cakap sorang-sorang... :-)

Kami akan berada di sini pada 6-7 September 2024.Datang ke reruai Kementerian Komunikasi untuk temui kami dan dapatkan i...
04/09/2024

Kami akan berada di sini pada 6-7 September 2024.

Datang ke reruai Kementerian Komunikasi untuk temui kami dan dapatkan info mengenai MyFoto - Portal Khazanah Foto Negara.


03/09/2024
29 Ogos 2024 - Suasana ketika sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya.©️Jabatan Penerangan...
29/08/2024

29 Ogos 2024 - Suasana ketika sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya.

©️Jabatan Penerangan Malaysia

Perkongsian ilmu fotografi.
25/08/2024

Perkongsian ilmu fotografi.

Address

PUSAT SUMBER DAN FOTOGRAFI, BAHAGIAN KOMUNIKASI VISUAL DAN SENI REKA, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, ARAS 9 KOMPLEKS KEMENTERIAN KOMUNIKASI, LOT 4G9, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4

62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyFoto Jabatan Penerangan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Photography Service?

Share