30/08/2025
Antara burung yang selalunya datang awal di musim migrasi iaitu Common Kingfisher dan yang ini, ialah antara paling mudah aku pernah jumpa setakat ni.
Semalam dia datang betul-betul depan aku, nasib baik Yusuf Madi Photography dah standby 800mm. Jarang sangat Common Kf nak "perch" depan kau bilamana kau takde hide, dan tak menyorok pun.
Bukan lah sekali dia datang, sampai kitorang penat shoot lah dia layan kitorang. Tak perlu ikan pun, kat situ ada udang di kawasan perairan tu. 3-4 kali dia dive di sekitar tempat yang sama.
Kalau korang nak location dia, PM. Aku akan kasi je. Situ banyak burung lain jugak.
Common Kingfisher.
www.hudzaqwanphotography.com