14/09/2024
➡️Tarikh *Tutup* permohonan adalah pada 16 september 2024 (Isnin)
Asalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman, Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam akan melaksanakan Program Skuad Jejak Kemiskinan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam yang merangkumi kawasan Seksyen 1 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga U20.
Tujuan program diadakan adalah untuk mengenalpasti status komuniti yang tergolong dalam mereka yang perlu dan layak diberi bantuan oleh Lembaga Zakat Selangor sejajar dengan elemen Pembangunan Mampan No.11 iaitu Melahirkan Komuniti dan Bandar Yang Mampan.
Justeru, pihak Majlis menyeru warga Shah Alam yang layak untuk mengisi dan mewarwarkan bersama program yang dianjurkan ini. Bersama-sama ini disertakan link borang dan dipohon untuk mengisi serta membawa dokumen yang diperlukan kepada pihak urusetia sekiranya berjaya ke peringkat saringan untuk sesi temuduga
https://forms.office.com/r/RQrip4W7dd