Rider's Diary

Rider's Diary kelajuan satu kepuasan,kenikmatan takkan pernah akan,ku lupakan

Nice Trip Best Friend Best ExperienceIni bukan sekadar rideโ€ฆ ini tentang persahabatan,brotherhood dan kenangan yang kita...
03/09/2026

Nice Trip Best Friend Best Experience
Ini bukan sekadar rideโ€ฆ ini tentang persahabatan,brotherhood dan kenangan yang kita bina besama.

Menikmati keindahan The Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. Tempat di mana langit dan laut bertemu,ciptaan Tuhan yang sungguh mempersona.๐ŸŒŠ๐Ÿ๏ธโœจ

๐Ÿ“Simpang Mengayau,Kudat
Berada di hujung Sabah Borneo,angin laut yang segar dan pemandangan yang memukau di Tanjung Simpang Mengayau.

๐Ÿ“Kundasang
Pemandangan megah Gunung Kinabalu di Kundasang,Ranau sungguh memukau dengan kabus tebal yang sentiasa memeluk puncak yang tinggi.suasana damai dan sejuk menyegarkan tubuh, angin lembut bertiup membawa aroma segar tanah pergunungan.kehijauan ladang yang luas dan keindahan alam semulajadi.

๐Ÿ“Miri Bike Week
Alhamdulillah kami dari Riderโ€™s Diary (RD) hadir ke Miri Bike Week 2026 yang ke 13th Zee Aca ๐Ÿค .buat sahabat2 Bikers kepulauan Borneo maaf tak menampakkan diri atas urusan kecemasan ๐Ÿ™ .Insha allah jumpa ditahun hadapan ๐Ÿ™


Day 1 Routes (1257KM): Kuching - Sibu - Bintulu - Miri - Brunei - Lawas - Sipitang - Beaufort - Kota Kinabalu

Day 3 Routes (437KM): Kota Kinabalu - Tuaran - Kota Belud - teringai - T.O.B - Kudat - Kota Marudu - Jalan Marak Parak - Ranau - Kundasang

Day 5 Routes (520KM): Kundasang - Ranau - Tambunan - Keningau - Tenom - Lawas - Brunei - Miri

Day 9 Routes (816KM): Miri - Bintulu - Sibu - Kuching

Milaege: 3160 KM (Include Ronda-ronda)
Fuel Cost: RM400 (Kawasaki Z900)
Accommodation Cost: RM680
Food Cost: RM500
Towing,Tyre & Service: RM3000
Grand Total Cost: RM4580
Tools:Portable jumper,pump tyre,tyre repair kit & peralatan lain.

01/09/2026

Two Wheels,One Soul and a view that makes time stand still.this is what living feels like ๐Ÿ’จ๐Ÿค˜

something you have to get lost to find the path you're meant to be on. there's no feeling like the open road, a full tank, and the mountains calling your name โ›ฐ๏ธโœจ

01/09/2026

Rider's Diary Tour To Sabah: Ride kami pada 22hb August 2026 hari Sabtu malam.sepanjang perjalanan jalan Borneo dalam satu perkataan,MIAUยฒ CIAUยฒ CALOBETE SUKATIKOPUN! Saya telah menunggang sejauh 3000km tanpa sebarang masalah dengan motosikal saya dan ia merupakan perjalanan mencabar yang hebat dengan begitu banyak kenangan yang saya bawa balik bersama saya.

Trip ini adalah Ride menerokai Lanskap Borneo yang indah di bawah bayu. Seperti kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,sekali gus membuktikan semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan Rider's Diary sepanjang menempuh jarak jauh ini.

Perjalanan bermula di Kuching,Sibu,Bintulu,Miri melalui Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.menuju pos Imigresen Sungai Tujuh di sempadan Sarawak-Brunei dan riding melalui Lebuhraya Muara-Rasau Brunei, dan terus ke Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien di Mentiri-Temburong, Brunei ke pekan Lawas Menaiki Ferry Merapok-Lawas Tiba di pos Imigresen Merapok-Sindumin lebih kurang jam 7.00 .Riding malam di Lebuhraya Pan Borneo Sabah memang mencabar keimanan dengan keadaan jalan yang masih dalam pembinaan, memang terpaksa on spotlight motor sampai ke hotel di Kota Kinabalu.

Day3,kami riding ke Tip of Borneo,perjalanan kota Kinabalu,Jalan Terowong Sepinggar,Tauran,Kota Belud,Teringai dan Kudat daratan paling utara di Pulau Borneo.kemudian meneruskan riding ke Kota Belud dan Salah satu laluan yang paling saya nikmati ialah jalan Marak-Parak di Sabah. Dengan jarak kira-kira 89 km, laluan ini merangkumi bahagian jalan yang panjang, selekoh tajam dan sebagainya.kami menunggang dalam keadaan cuaca malam.memecut naik ke jalan ranau pergunungan di Kundasang serta bermalam di Kundasang dengan kedinginan gunung. Esok pagi cuaca cerah dan dapat bergambar bersama Gunung Kinabalu. Melawat Desa Dairy Farm dan seterusnya.

Day5 plan Hadir Support Event MIRI BIKE WEEK 2026 13th dengan perjalanan diteruskan ke Miri, sambil riding turun jalan pergunungan berkabus dan keadaan cuaca yang carah.perjalanan Kundasang,Tambunan, Keningau dan Tenom Tiba di pos Immigration di Sindumin-Merapok Pulang ke Miri,di pertengahan jalan kami diuji dengan musibah.

Day9,Alhamdulillah perjalanan Ride dari Lawas-Brunei-Miri-Bintulu-Sibu-Kuching pergi balit, berjarak 3000km lebih sikit berjaya dan selamat akhirnya

ALHAMDULILLAH,majlis PRE - DINNER TAKLIMAT RIDER'S DIARY TOUR TO SABAH 2026 SELESAISegala persiapan, perjalanan dan perk...
16/08/2026

ALHAMDULILLAH,majlis PRE - DINNER TAKLIMAT RIDER'S DIARY TOUR TO SABAH 2026 SELESAI

Segala persiapan, perjalanan dan perkara penting telah dikongsikan โ€” sekarang tinggal tunggu hari kita bersama.

Makin dekat tarikhnya, makin terasa debar dan semangat nak dengar deruman engine bergema di jalan raya.

Terima kasih kepada semua brother yang hadir dan memberikan komitmen.

Ini bukan sekadar rideโ€ฆ ini tentang persahabatan, brotherhood dan kenangan yang kita bina bersama.
22 OGOS 2026 โ€” RIDER'S DIARY, KITA MULAKAN

NICE TRIP โ€ข BEST FRIEND โ€ข BEST EXPERIENCE

03/08/2026

Teaser COMING SOON STAY TUNED. Next ride adventure โ€ผ๏ธ get ready semua nya โ€ผ๏ธpersiapkan jentera anda โ€ผ๏ธ

Mesti korang pun tak sabarkan?
Nantikan......

๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ ๐—ธ๐˜‚๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด - ๐—ž๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ด - ๐—ž๐˜‚๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด 473๐—ธ๐—บPerjalanan Ride dari Kuching ke Kabong Sarawak sejauh 238km merentasi 3 Jambatan.1....
06/07/2026

๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ ๐—ธ๐˜‚๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด - ๐—ž๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ด - ๐—ž๐˜‚๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด 473๐—ธ๐—บ
Perjalanan Ride dari Kuching ke Kabong Sarawak sejauh 238km merentasi 3 Jambatan.
1. Jambatan Batang Lupar 1
2. Jambatan Saribas
3. Jambatan Krian

pengunaan minyak petrol dr Kuching ke Kabong hanya dalam 15.075 liter. Minyak Ron95 Rm30 (subsidi)

Bertolak pada pukul 09:30 pagi dari Kuching dalam menempuhi panas terik

Atmosferah restaurant: Breakfast ๐Ÿฅž
Berlian Corner: Lunch ๐Ÿš
Pantai Tanjung kembang: Riadah ๐Ÿ–๏ธ
Jambatan Batang Lupar 1: View Sunset ๐ŸŒ‡

Dua tempat keadaan jalan rata tapi beralun.
1. Jalan Maludam
2. Jalan Sesang

Namun itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjalanan dan tiba di Kabong sebelum pukul 12:30 Tengah hari.

๐—ก๐—ฒ๐˜…๐˜ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ >>> ๐—ž๐—ฐ๐—ต - ๐—ฆ๐—ฏ๐—ต - ๐— ๐˜†๐˜† - ๐—ž๐—ฐ๐—ต

๐——๐˜‚๐—ผ ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ข๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐˜€๐—ฒ๐˜  ๐ŸŒ‡ ๐Ÿ๏ธ Perjalanan dari kuching - Kota Samarahan - Asajaya - Sebangan - Sebuyau melalui jalan darat men...
01/06/2026

๐——๐˜‚๐—ผ ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ข๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐ŸŒ‡ ๐Ÿ๏ธ

Perjalanan dari kuching - Kota Samarahan - Asajaya - Sebangan - Sebuyau melalui jalan darat mengambil masa kira-kira 1jam 56minit untuk jarak 98km.Jambatan Batang Lupar merupakan salah satu mercu tanda baharu yang popular di Sarawak. Jambatan sepanjang hampir 4.8 kilometer merentasi sungai terpanjang.

๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ'๐˜€ ๐——๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐˜† bukan sekadar nama, tapi lubuk memori dan jiwa setiap kali tayar bergolek atas jalan. Bila kita tunggang atas dasar minat dan hobi yang mendalam, setiap kilometer yang dilalui itu ada cerita tersendiriโ€”nikmat layan ๐—ฐ๐—ผ๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ, angin siang malam, dan ketenangan petang yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Paling penting, Hormat pengguna jalan raya lain, jaga keselamatan diri dan pasangan, serta jaga nama baik komuniti. Bila kita hormat orang, orang pun akan segan dan hormat hobi kita.

Meneroka keindahan bumi Borneo, menikmati setiap detik perjalanan bersama yang tersayang. ๐—˜๐—ป๐—ท๐—ผ๐˜† ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ,๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฐ๐—ต ๐—ผ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ.


#๐—๐˜‚๐˜€๐˜๐—™๐—ผ๐—ฟ๐—™๐˜‚๐—ป

4 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ๏ธDebaran makin terasaโ€ฆ masa yang ditunggu hampir tiba!kita turun konvoi ke tapak Event ramiยฒ, tunjuk sema...
18/05/2026

4 HARI LAGI! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ๏ธ
Debaran makin terasaโ€ฆ masa yang ditunggu hampir tiba!

kita turun konvoi ke tapak Event ramiยฒ, tunjuk semangat.
Jumpa di tapak Event kuching waterfront!

All Bikers One Road - Ride Together - Ride With Pride

Rider's Diary โ€” kita gegarkan! ๐Ÿ’ฅ
๐Ÿ“Œ Destination : ๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š
๐Ÿ—“๏ธ Event : ๐—•๐—œ๐—œ๐—•๐—•๐—™ 2026

Repeat ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฒ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป ๐Ÿฌ to ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฒ ๐—–๐—ฎ๐˜ ๐ŸˆTahniah diucapkan kepada ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ'๐˜€ ๐——๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐˜† atas kejayaan menamatkan Duo Ride Blowpipe ...
04/05/2026

Repeat ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฒ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป ๐Ÿฌ to ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฒ ๐—–๐—ฎ๐˜ ๐Ÿˆ
Tahniah diucapkan kepada ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ'๐˜€ ๐——๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐˜† atas kejayaan menamatkan Duo Ride Blowpipe Run 2026! bermula 1-3 Mei 2026, merupakan satu bukti ketahanan mental, fizikal, dan jentera yang luar biasa.
Misi menakluk sejauh (1,300km) dari Statue Marlin,Sabah (Kota Kinabalu) ke Statue Cat, Sarawak (Kuching) pada 3 Mei 2026 (bermula 3 pagi) merentas Lebuhraya Pan Borneo adalah satu pencapaian daya tahan (endurance) yang sangat tinggi. Berdasarkan perkongsian Rider's Diary dan situasi terkini 2026,

๐Ÿ› ๏ธ Persediaan Jentera (checking & Servis) Servis Menyeluruh: Pastikan tayar, minyak hitam, brek, dan rantai dalam keadaan cemerlang sebelum bertolak.Spare Parts: Bawa peralatan asas (galen minyak tambahan, kit tayar) untuk kecemasan.

๐Ÿ›ก๏ธ Keselamatan & Laluan Lampu Tambahan (Spotlight): Amat kritikal kerana kawasan pembinaan Pan Borneo, terutamanya di kawasan Sabah/Sipitang-Beaufort, masih gelap dan berbahaya pada waktu malam.Berhati-hati: Sabah masih dalam pembinaan. jadi tunggang dengan perlahan di kawasan

๐Ÿ—บ๏ธ Laluan Utama Blowpipe Run Kota Kinabalu - Beaufort - Sipitang - Lawas - Brunei - Miri - Bintulu - Sibu - Kuching

Z9 17L : Range 230(+) penggunaan minyak motor.
Ninja650 15L : Range 200(+) penggunaan minyak motor.

Sempadan Brunei: Pastikan tangki minyak sekurang-kurangnya 3/4 penuh atau lebih sebelum memasuki sempadan Brunei

Dokumen (Border Crossing): Sediakan pasport/IC dan dokumen kenderaan untuk melalui sempadan (Sarawak-Brunei-Sabah).Semoga tips ini membantu pengembara lain.Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada komuniti permotoran Borneo

!

Alhamdulillah dapat menamatkan Borneo Blowpipe Run (BPR) 1,300km dari Kuching ke Kota Kinabalu.Perjalanan jauh merentas ...
02/05/2026

Alhamdulillah dapat menamatkan Borneo Blowpipe Run (BPR) 1,300km dari Kuching ke Kota Kinabalu.Perjalanan jauh merentas Lebuhraya Pan Borneo highway Sarawak, pengalaman kental dan kenangan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Laluan Utama: Perjalanan merentas Kuching โ€“ Sibu โ€“ Bintulu โ€“ Miri โ€“ Brunei โ€“ Lawas - Sipitang - Beaufort - Papar dan akhirnya tiba di Kota Kinabalu.

Titik Permulaan & Penamat: Bermula dari Statue Cat, Sarawak dan berjaya sampai ke Merlin Statue, Sabah.

Cabaran Cuaca: Mengharungi hujan lebat dari Lubok Antu sampai ke simpang ulu layar betong,dari selangau ke Bintulu.yang mencabar, terutamanya selepas Sipitang masuk ke Beaufort masih dalam pembinaan project Lebuhraya Pan Borneo.

Ketahanan Mental: Bergerak pada waktu 00:05am dan First time ride sejauh dari kuching ke kota Kinabalu.

Alhamdulillah untuk segalanya, yang penting isteri support hobi suami ride, suami support hobi isteri travel ๐Ÿคฃ

Address

No. 71 & 73, Lorong Kuda 2, Kpg. Nangka, Sibu
Sibu
96000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rider's Diary posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share