Kindazit Production

Kindazit Production Mengubah segala-galanya menjadi 3D adalah passion kami, dunia 3D ialah dunia tanpa batasan!

28/04/2026

Cara buat Zack D Highlight (Blender Tutorial Step By Step Bahasa Melayu)

05/03/2026

Spec Pc korang lepas kan? So now jom download Blender 3D 💪🏻

Betul ke 3D softwares serabut? Cuba share pengalaman korang macam mana ⬇️Anyway, kalau korang ada suggestion untuk any s...
05/03/2026

Betul ke 3D softwares serabut? Cuba share pengalaman korang macam mana ⬇️
Anyway, kalau korang ada suggestion untuk any short tutorial boleh suggest di bawah ya!

04/03/2026

Minat 3D tapi PC kentang? Jangan risau lagi, jom check spec PC dulu! Tahu tak PC kentang pun boleh run 3D k! 😏

Modul Bundle! ni untuk korang yang nak mula kerjaya atau hobi dalam bidang 3D menggunakan Blender:✅ Modul Rekaan Produk:...
11/02/2026

Modul Bundle! ni untuk korang yang nak mula kerjaya atau hobi dalam bidang 3D menggunakan Blender:

✅ Modul Rekaan Produk: Belajar cara buat visual produk yang nampak real & profesional untuk marketing.
✅ Modul Asas Animasi: Faham konsep pergerakan dan buat animasi asas daripada zero.
✅ Modul Animasi Pantas AI: Teknik moden guna AI untuk percepatkan proses animasi korang 10x ganda!

Tak perlu pening kepala belajar sorang-sorang. Setiap modul didatangkan dengan Group Support untuk korang tanya soalan kalau stuck.

Sesuai sangat untuk graphic designer yang nak upgrade skill, student, atau sesiapa yang baru nak berjinak dalam dunia kreatif.

Nak tahu macam mana nak dapatkan bundle ni?

Pm kami di sini: https://BelajarAnimasi3D.wasap.my

31/01/2025

Perkhidmatan Baru KINDAZIT PRODUCTION! Service menghasilkan AR, VR & MR 🚀

Kami kini menawarkan perkhidmatan Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), dan Mixed Reality (MR) untuk pelbagai industri! Untuk masa terhad, dapatkan promosi early bird dengan harga istimewa dengan diskaun lebih 50% dari harga pasaran!

Kenapa AR, VR & MR Penting?
✅ Pembelajaran Lebih Efektif – Teknologi imersif memudahkan pemahaman konsep kompleks dalam pendidikan & latihan profesional.
✅ Visualisasi & Rekaan Lebih Baik – Sesuai untuk industri seperti automotif & pembinaan bagi merancang projek dengan lebih tepat.
✅ Pengalaman Interaktif – Memperkukuh hiburan, pemasaran, dan pengalaman pengguna dengan kandungan digital inovatif.

Siapa Perlukan Teknologi Ini?
🏥 Perubatan – Latihan doktor & simulasi rawatan.
🎓 Pendidikan – Pembelajaran interaktif & menarik.
🚗 Automotif – Reka bentuk & penyelenggaraan kenderaan.
🏗️ Pembinaan – Perancangan projek & pemodelan 3D.
🎮 Hiburan & Gaming – Pengalaman digital yang lebih realistik.

Jangan lepaskan peluang! Hubungi kami hari ini untuk menikmati promosi early bird dan bawa perniagaan anda ke tahap seterusnya! 📩

Hubungi kami di sini: https://wa.link/41l6x7

30/07/2024

Wahai 3D artist, bila kita mencari kerja, ia juga adalah 1 proses marketing dan sales. Kita kena yakinkan juri interview untuk ambil kita berbanding competitor lain. So… macam mana nak jadi lain dari yang lain???? Your artwork should do its job.

"VERY HELPFUL 💪"... Feedback dari student bangsa cina yang saya bantu untuk guide projek yang beliau tengah buat. Semoga...
27/07/2024

"VERY HELPFUL 💪"... Feedback dari student bangsa cina yang saya bantu untuk guide projek yang beliau tengah buat. Semoga dengan kelas ni dapat membantu beliau untuk buat projek lain yang lebih advance yang di masa akan datang.
Dengan adanya Final Output yang bagus, secara tak langsung beliau dapat gilap portfolio beliau untuk tarik lebih banyak client dalam bidang yang beliau pilih.

UV UNWRAPKita boleh pilih untuk guna pelbagai teknik UV Unwrap mengikut kesesuaian. Ia boleh dibuat secara manual atau s...
24/07/2024

UV UNWRAP
Kita boleh pilih untuk guna pelbagai teknik UV Unwrap mengikut kesesuaian. Ia boleh dibuat secara manual atau secara automatik. Sebagai contoh, sekiranya warna dipermukaan depan dan belakang adalah sama dan tiada perbezaan, kita boleh guna salah satu automatik projection yang disediakan oleh Blender iaitu feature "Project From View".
Tetapi jika character / mesh kita mempunyai texture yang pelbagai, tidak simetri dan complex, mungkin kita perlu menggunakan teknik UV unwrapping secara manual untuk membolehkan kita mengawal sepenuhnya dan customize potongan pada mesh kita.

APA ITU RENDER PASS?Render Pass adalah pilihan untuk kita hasilkan output render secara berasingan daripada 3D Software....
21/07/2024

APA ITU RENDER PASS?
Render Pass adalah pilihan untuk kita hasilkan output render secara berasingan daripada 3D Software. Perbezaan dengan Normal Render ialah Normal Render Output hanya mengeluarkan 1 image yang telah manggabungkan semua render pass tadi.
Kebaikan dan kekurangan.
Normal Render Output: Menghasilkan output yang telah siap, akan tetapi pengguna hanya boleh mengubah suai secara terhad.
Render Pass Output: Menghasilkan output yang berasingan dan pengguna mempunyai kawalan penuh pada image untuk diubah suai, akan tetapi mengambil masa dan skill untuk hasilkan final output.
Gambar final Output dibawah dihasilkan dari gabungan lapisan pelbagai jenis render pass. Disebabkan projek ini berkaitan dengan "Beauty" dan "Brand Identity" approach yang sangat mementingkan look and accuracy . Saya menggunakan Render Pass Output untuk projek ini bagi mendapatkan kawalan penuh bagi mengawal kesan cahaya seperti untuk perbaiki Exposure cahaya yang Over / Under expose, White balance yang betul dan untuk mengawal Bloom effect pada area tertentu.
Rumusan: Pemilihan output samaada Normal atau Render Pass bergantung pada keperluan projek. Pengguna perlu membuat pre planning sebelum memulakan projek bagi menghasilkan final output yang terbaik dan dapat menjimatkan masa.
Semoga bermanfaat.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kindazit Production posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kindazit Production:

Share