18/02/2025
PERBARISAN PENUTUP KURSUS MEKANIK KEJURUTERAAN KELAS 2 (DEC) SIRI 2/2025
TAIPING,PERAK 18 Feb 25 - Perbarisan Penutup Kursus Mekanik Kejuruteraan Kelas 2 (Dec) Siri 2/25 telah dilaksanakan pada hari ini yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 72 Wksp Div, Lt Kol Khairizal bin Kamaruddin bertempat di Padang Kawad 72 Wksp Div, Kem Salerno. Seramai 58 penuntut telah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama 36 minggu bermula dari 4 Nov 24 hingga 21 Jan 25.
Pegawai Memerintah 72 Wksp Div telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada penuntut - penuntut terbaik siri ini yang dinilai oleh Bahagian Peperiksaan & Kurikulum.
Penyandang cenderamata bagi penuntut terbaik seperti berikut :
1.-KESELURUHAN TERBAIK-
6277274 Pbt Muhammad Aidil Asyraf bin Anuar
2.-KETENTERAAN TERBAIK-
1223056 Pbt Wan Asyraf Amani bin Wan Jeffri Azizi
3.-KAWAD TERBAIK-
1222841 Pbt Jukelen Jukimin
4.-AKEDEMIK TERBAIK-
6268333 LKpl Nor Hanis binti Ishak
5.-KETABAHAN TERBAIK-
1222447 Pbt Ahmad Fadhil bun Ansary.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Beliau juga mangharapkan agar semua penuntut dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari untuk dimanfaatkan di pasukan kelak.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mej Ts. Hazliz Fairuz Afzuan bin Baruddin, Penolong Pegawai Memerintah, PW II Suhaizad bin Dain, SMR 72 Wksp Div, semua Pegawai serta Anggota 72 Wksp Div.
- Home Of Technician -
- 72 Wksp Div -
Jurukamera:
- Kpl Mohamad Azrin Shah
- Kpl Muhammad Isyraq