24/08/2026
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Mengetahui Sebelum ni hnya 2-3 hari tak sihat..
Terasa sayu pagi tadi atas khabar yang diterima.
*Allahyarham Pak Sarif bin Harun*
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan arwah, menerima segala amal ibadahnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Allahyarham banyak menghabiskan masa di usia emasnya hadir menunaikan solat berjemaah di Masjid Al-Mukmin serta sering menghadiri kuliah mingguan & aktiviti dakwah di masjid.
Semoga segala langkahnya menuju masjid, setiap solat berjemaah dan ilmu yang dihadirinya menjadi amal jariah dan bekalan buatnya di alam sana.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama para solihin dan ahli syurga.
Al-Fatihah. 🤲🏻🥹😭