Psspgm Teluk Chengai

Psspgm Teluk Chengai Jom anak muda sertai kami di Akademi Silat hari ini..

๐ŸŒŸ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ 2026 ๐ŸŒŸโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ...
15/05/2026

๐ŸŒŸ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ 2026 ๐ŸŒŸ

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited mencurahkan ilmu, membimbing generasi dan membina masa depan negara dengan penuh dedikasi.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang membentuk sahsiah, menyemai harapan dan mencipta kejayaan anak bangsa. โœจ

โค๏ธ Terima kasih cikguโ€ฆ
Jasamu mendidik tidak ternilai,
Baktimu terus menyinari dunia pendidikan.

Ikhlas daripada
๐Ÿ“Warga Pusaka Gayong Gelanggang Teluk Chengai(Pusaka GTC)




โ€Žุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽ ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽAL-FATIHAH...(dibaca)โ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kem...
29/04/2026

โ€Žุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽ ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

AL-FATIHAH...(dibaca)
โ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.โ€

Telah meninggal dunia ayahanda TG Rusli Hashim sebentar tadi.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

๐Ÿคฒ๐Ÿป Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

Aamin Ya Robbal Aalamiin

Mohon semua doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum...๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

20/12/2025

Himpunan Silaturrahim Persilatan bersama Masjid Negeri Kedah Darul Aman menjadi penanda akhir tahun yang sarat dengan nilai ukhuwah dan tradisi.

Masjid Zahir Darulaman menjadi saksi penyatuan pesilat, pengukuhan jati diri serta kesinambungan adab dan disiplin persilatan Melayu.

*โœจ HEBAHAN RASMI โœจ*โšช๏ธ๐ŸŸข๐Ÿ”ด๐ŸŸกโšซ๏ธ๐Ÿ“ฃ HIMPUNAN SILATURRAHIM MEGA PERSILATAN BERSAMA MASJID NEGERI MASJID ZAHIR๐Ÿ•ŒAssalamualaikum Tua...
14/12/2025

*โœจ HEBAHAN RASMI โœจ*

โšช๏ธ๐ŸŸข๐Ÿ”ด๐ŸŸกโšซ๏ธ

๐Ÿ“ฃ HIMPUNAN SILATURRAHIM MEGA PERSILATAN BERSAMA MASJID NEGERI MASJID ZAHIR๐Ÿ•Œ

Assalamualaikum Tuan/Puan,
Dengan penuh hormat dan takzim,
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) menjemput seluruh warga pesilat, ahli gelanggang serta pencinta seni warisan Melayu untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Silaturrahim Persilatan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ 18 Disember 2025 (Khamis)
โฐ 6:30 Petang โ€“ 11:00 Malam
๐Ÿ“ Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah persilatan, memperkukuh silaturrahim, serta memartabatkan seni silat warisan bangsa di bawah naungan masjid sebagai pusat penyatuan ummah.

Pergi ke gelanggang menuntut aman,
Langkah diatur penuh beradab,
Silat warisan jangan dilupakan,
Ikatan saudara terus mantap.

Silat bukan sekadar gerak dan gaya,
Di dalamnya tersirat budi dan iman,
Bersatu kita di bawah satu budaya,
Silaturrahim jadi asas kekuatan.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ WALK FOR PALESTINE 2025 ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ’š Langkah kecil kita, semangat besar untuk Palestin!Ayuh bersama sertai Walk for Palestine ...
30/11/2025

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ WALK FOR PALESTINE 2025 ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
๐Ÿ’š Langkah kecil kita, semangat besar untuk Palestin!

Ayuh bersama sertai Walk for Palestine 2025 โ€” sebuah solidariti buat saudara kita di bumi suci. Setiap langkah yang dihayun adalah tanda sokongan dan doa kita untuk kebebasan Palestin.

๐Ÿ“… 12 Disember 2025 (Jumaat)
๐Ÿ•ข 7.30 Pagi
๐Ÿ“ Dataran Starwalk, City Plaza, Alor Setar

๐ŸŽฝ Yuran Penyertaan: RM40/pax
(Saiz besar & lengan panjang perlu tambah sedikit bayaran)

*Tarikh tutup 3 Disember 2025*

๐ŸŽ Walking Kit:
๐Ÿ‘• Event T-shirt
๐ŸŽŸ๏ธ Sijil Penyertaan
๐Ÿฑ Pek Makan & Minum
๐ŸŽ‰ Cabutan Bertuah Menarik!

โœจ Jangan lepaskan peluang bersatu hati demi Palestin!
Daftar & tunjukkan sokongan anda sekarang ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“ž Untuk Pendaftaran / Pertanyaan:
๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/601136613036/FunWalkPalestine

DOA KEHANCURAN TERHADAP MUSUH ISLAMSeorang sahabat, Abdullah bin Abi Aufa RA menulis surat kepada Umar bin Ubaidillah ke...
16/10/2025

DOA KEHANCURAN TERHADAP MUSUH ISLAM

Seorang sahabat, Abdullah bin Abi Aufa RA menulis surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika beliau pergi berhadapan dengan orang-orang Haruriyyah (Khawarij).

Abdullah beritahu bahawa pernah suatu ketika dahulu, apabila Rasulullah SAW berhadapan dengan musuh, Baginda menunggu hingga matahari mulai condong. Kemudian, Baginda berdiri dan berkata:

"Wahai kaum muslimin, janganlah kamu menginginkan perjumpaan dengan musuh, mohonlah kesejahteraan kepada Allah. Tetapi apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah naungan pedang."

Kemudian Rasulullah SAW berdoa:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ุฒูู„ูŽ ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจูุŒ ูˆูŽู…ูุฌู’ุฑููŠูŽ ุงู„ุณู‘ูŽุญูŽุงุจูุŒ ูˆูŽู‡ูŽุงุฒูู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุญู’ุฒูŽุงุจูุŒ ุงู‡ู’ุฒูู…ู’ู‡ูู…ู’ุŒ ูˆูŽุงู†ู’ุตูุฑู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’

"Ya Allah, Tuhan Yang Menurunkan Kitab al-Quran, Yang Menggerakkan Awan, Yang Menghancurkan Tentera al-Ahzab, Engkau hancurkanlah mereka (musuh Islam) dan bantulah kami mengalahkan mereka."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1742)

Doa ini antara doa Rasulullah SAW yang kita boleh amalkan dan baca ketika menghadapi musuh Islam, juga doa buat saudara kita di Palestin dan lain-lain agar Allah membantu mereka dan mengalahkan musuh.

Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita.

Address

Jalan Peremba
Alor Setar
05050

Telephone

+60174344524

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Psspgm Teluk Chengai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Psspgm Teluk Chengai:

Share

Category