22/08/2023
Memilih photographer perkahwinan yang sempurna untuk majlis perkahwinan anda bukanlah tugas yang boleh dipandang remeh.
Ianya penting untuk mengambil kira gaya, bajet dan juga tema keseluruhan hari istimewa anda dalam membuat keputusan penting ini.
Semasa anda memulakan pencarian photographer perkahwinan di Malaysia, terdapat beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan.
Berikut adalah beberapa TIPS DAN CADANGAN YANG BOLEH ANDA JADIKAN PANDUAN DALAM MEMILIH PHOTOGRAPHER PERKAHWINAN TERBAIK di Malaysia.
1.Mengkaji Bakal Jurugambar
Jurugambar perkahwinan yang baik seharusnya dapat merakamkan momen majlis tanpa masalah, memastikan orang yang betul dan penting turut berada dalam gambar yang dirakamkan.
Anda juga seharusnya dapat memahami gaya dan personaliti jurugambar. Ini akan membantu anda menentukan sama ada mereka sesuai untuk majlis perkahwinan anda atau sebaliknya.
Adalah suatu bonus sekiranya ada kritera photographer tersebut yang boleh membuatkan anda terpesona sedari awal. Selain itu, jangan lupa untuk membaca ulasan klien mereka yang terdahulu.
2. Memilih Photographer Perkahwinan Berdasarkan Portfolio Online
Tempat yang baik untuk bermula adalah dengan melihat portfolio online mereka. Kebiasannya photographer perkahwinan akan upload gambar-gambar hasil kerja mereka sebelum ini di Facebook, Instagram, Flickr dan juga website mereka sendiri. Lihatlah kualiti kerja mereka.
3. Minta Cadangan Daripada Kenalan
Promosi dari mulut ke mulut adalah cara terbaik untuk mencari jurugambar perkahwinan yang baik di Malaysia. Tanya rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda yang baru-baru ini mengikat tali pertunangan atau berkahwin untuk mendapatkan cadangan photographer yang boleh diharap.
Tanya mereka siapa yang mereka upah dan adakah mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.
4. Bertemu Sendiri Untuk Memilih Photographer Perkahwinan
Langkah seterusnya ialah berjumpa photographer yang sudah dipilih secara peribadi atau melalui komunikasi online, bergantung yang mana anda s**a. Ini akan memberi anda peluang mengenali mereka sebelum pencarian photographer perkahwinan anda berakhir.
Semasa perbincangan, anda harus bertanya soalan tentang pengalaman dan hasil kerja mereka, membincangkan hasrat anda untuk majlis perkahwinan, dan memastikan bahawa anda meluahkan harapan anda.
5. Bincangkan Pakej Fotografi Perkahwinan dan Harganya
Semasa anda berunding dengan bakal jurugambar, tiba masanya untuk membincangkan pakej dan harga. Kebanyakan jurugambar di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pakej, jadi anda boleh memilih mengikut bajet dan keperluan anda.
Contohnya samada anda ingin servis mereka meliputi acara akad nikah atau hanya persandingan sahaja.
Secara amnya, pakej akan termasuk bilangan jam photographer bekerja, bilangan foto yang diedit yang akan anda terima dan sebarang perkhidmatan atau item tambahan, seperti album atau cetakan gambar.
Untuk tempahan fotografi & videografi,
klik sini =>> https://go.wasap.my/thedrwedding
Instagram: https://www.instagram.com/the.dr_production/