06/01/2025
PT-91M: KAD’s ARMOURED SPEARHEAD
(PART I: HISTORY AND PROCUREMENT)
i) POLSKI TANK 1991 EARLY DEVELOPMENT
Pada lewat 1980an, Adam Wisniewski dibawah WITU (Wojskowy Institut Technologie Uzbrojeniej, Military Institute of Armament Technology) mula menghasilkan pakej perisai reaktif yang dikenali sebagai ERAWA (Explosive Reactive Armor Adam Wisniewski) bagi menaiktaraf tahap perlindungan pada T-72M (Ob'yekt 172M-E3) dan T-72M1 (Ob'yekt 172M-E5) yang dibina secara lesen oleh Bumar-Labedy sejak 1982 serta 1983. Plat ERAWA seterusnya digunakan bagi program naiktaraf Wilk (T-72M2) yang termasuk juga sistem kawalan tembak SKO-1 Mérida (yang digunakan pada program naik taraf T-55AM Merida) atau Kladivo FCS dari Czechoslovakia, alat pandangan malam pasif Radomka, sistem amaran laser Obra.
Walaupun dengan penaiktaraf Wilk pada T-72M/M1, Poland masih tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan lesen pengeluaran bagi T-80 tetapi gagal akibat ketidakstabilan politik yang menyebabkan hubungan Poland dan Soviet semakin renggang. Disebabkan kegagalan mendapatkan lesen penggeluaran T-80, Poland membangunkan program bagi menghasilkan kereta kebal sendiri berdasarkan penggalaman mereka sebelum ini menghasilkan T-72M (Ob'yekt 172M-E3), T-72M1 (Ob'yekt 172M-E5) serta T-72M1K (terma poland, T-72M1D) yang dikenali sebagai “Polski Tank-91”. Kebanyakkan komponen yang digunakan pada projek merupakan keluaran sendiri seperti 2E28M dari PZL Hydral, alat pandangan malam penembak PCN-A, alat pandangan malam komander POD-72, periskop pandangan malam pasif pemandu PNK- 72 Radomska, sistem kawalan tembakkan Drawa serta sistem amaran laser Obra dari PCE (Przemyslowe Centrum Optyki, Industrial Optics Center) bersama-sama IEK WAT (Electronic Systems Institute of the Military Technology Academy). Enjin V-46-6 dari T-72M/M1/M1K dimodenkan serta dinaiktaraf yang dapat menghasilkan tambahan 10% kuasa enjin yang dikenali sebagai S-12U yang dihasilkan oleh PZL-Wola.
ii) MALAYSIAN MBT PROCUREMENT
Malaysia sebelum ini telah mengunakan kereta kebal ringan buatan United Kingdom iaitu Alvis FV101 Scorpion. Malaysia mula menempah 26 unit variasi Alvis Scorpion yang dilengkapi dengan Cockerill Mk3 M-A1 90mm yang dikenali sebagai Scorpion 90 dari UK pada 1978. Pengunaan Alvis Scorpion sedikit sebanyak telah membentuk struktur unit Kor Armor Diraja bagi pengunaan kereta kebal yang kenali sehingga hari ini. Sejarah perolehan Main Battle Tank untuk Tentera Darat Malaysia boleh seawal 1980an dimana Malaysia hampir membeli TAM (Tanque Argentino Mediano, Argentine Medium Tank) dari Argentina yang merupakan hasil kerjasama bersama German. Pada 1981, Malaysia dikatakan berminat bagi perolehan sebanyak 102 buah pelbagai variasi kenderaan perisai TAM iaitu kereta kebal TAM diberi nama Badak, Kenderaan Pengangkut Anggota VCTP (Vehículo de Combate Transporte de Personal, Personnel Carrier Combat Vehicle) diberi nama Harimau serta kendaraan sokongan perisai VCRT (Vehículo de Combate de Recuperación, Combat Recovery Vehicle ) diberi nama Gajah bagi menyokong pengoperasian kenderaan perisai TAM serta VCTP. Tetapi ianya menemui jalan buntu dimana tiada sebarang pembelian dibuat.
Perolehan kembali lagi pada 1996 dimana dikatakan beberapa negara menawarkan kereta kebal masing-masing iaitu Russia, Poland, Korea Selatan, United Kingdom, serta Republik Slovak. Russia menawarkan T-72S (versi export T-72B, berkemungkinan Obr.1990G), Korea dengan K1M, Poland dengan PT-91A, UK dengan Vicker Mk3(M) manakala tiada info lanjut mengenai kereta kebal negara lain (Berkemungkinan Republik Slovak menawarkan T-72M1). Tapi sekali lagi program ini tergendala disebabkan oleh krisis ekonomi asia 1997. Program ini diberi nafas baru semula pada tahun 2002 tapi Russia telah menukarkan T-72S dengan T-90S, British, Korea Selatan serta Poland kekal dengan Vicker Mk3(M), K-1M serta PT-91Z dan 1 pesaing baharu iaitu Ukraine yang menawarkan versi moden T-80, iaitu T-84 (Object 478DU7).
Akhirnya Poland muncul sebagai pemenang dengan PT-91Z, kontrak antara Malaysia dengan Bumar-Łabędy ditandatangani pada 11 April 2003 dan bernilai 370 juta USD bagi 48 buah kereta kebal PT-91M termasuk dengan 15 kederaan sokongan iaitu 1 kenderaan latihan memandu SJ-09, 3 kenderaan kejuruteraan pembinaan MID-M(91M), 6 kenderaan sokongan pembaikkan WZT-4(91M) dan 5 kenderaan pelancar jambatan PMC-Leguan(91M) serta beberapa pakej sampingan seperti alat ganti dan peluru.
Pada 25 Ogos 2005, prototaip pertama SP-1 berlepas dari Lapangan Terbang Katowice, Pyrzowice, Poland menggunakan pesawat Antonov An-124-100 milik Antonov Airlines bagi ujikaji. Tetapi sebelum menjalani ujian, pada 31 Ogos Prototaip SP-1 telah digunakan sebagai kenderaan yang mengetuai barisan Kor Armor Diraja bagi pembarisan merdeka yang ke-48. Kenderaan Prototaip SP-1 seterusnya “dihenyak” sepanjang bulan september berikut bagi memastikan kebolehannya dan versi tambah baik SP-2 hantar pada 2006.
Selama 60 hari ujian dijalankan Malaysia dalam kawasan ujian lasak dan keadaan iklim yang sulit, prototaip SP-2 telah melalui jarak lebih dari 3850 km, mengikut pengeluar, ZM Bumar-Łabędy, sama dengan 18 tahun pengunaan normal. Semasa uji tembak (dilakukan di Poland), sasaran yang ditembakkan termasuk sasaran standard NATO 2.3 x 2.3 m (dalam pelbagai posisi dan keadaanl), yang ditempatkan pada jarak sekitar 2 km. 250 peluru ditembakkan dan tembakan efektif dilakukan pada jarak hingga 3.5 km. ZM Bumar-Łabędy mengatakan hasil data ujian kebarangkalian hentaman tembakan dari PT-91M adalah sekitar 89.5%.
Sepatutnya penghantaran pertama berlaku pada Februari 2006 tetapi akibat masalah integrasi bagi bahagian sistem transmisi Renk ESM-350 dengan enjin PZL-Wola S1000R serta sistem kawalan tembakan Sagem Savan-15. Disebabkan kelewatan menjangkau 18 bulan, Bumar-Łabędy mesti membayar penalti sehingga 30 juta dolar amerika merujuk pada kontrak yang ditandatangani pada April 2003.
Penghantaran pertama dilaksanakan pada Ogos 2007 bagi 6 buah PT-91M, 2008 bagi 24 buah PT-91M dan berakhir pada 2009 dengan penghantaran 18 buah PT-91M serta 15 kenderaan sokongan. Semua PT-91M dioperasikan dibawah Kor Armor Diraja oleh Rejimen ke-11 KAD beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2010.