01/08/2025
*KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SJKT TASEK PERMAI*
Kejohanan sukan tahunan ini dimulakan dengan Perbarisan diikuti dengan Perbarisan Lintas Hormat oleh Pasukan Perbarisan dan Peserta Kejohanan dari kesemua pasukan sukan yang terlibat di hadapan En N Thiyagaraja serta Gurubesar Puan Valliyamal Subramaniam bersama guru-guru dan ibu bapa.
En.N.Thiyagaraja PKT Pengerusi MPKK Ldg ValdorPengerusi LPS SJKT Ldg Valdor telah menerima jemputan sebagai perasmi majlis Kejohanan Sukan Tahunan SJKT TASEK PERMAI pada tahun ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh beliau diiringi oleh Gurubesar SJKT Puan Valliyamal Subramaniam.
Temasya Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan bagi mempertingkatkan lagi tahap kecergasan murid dan merupakan salah satu program utama aktiviti kokurikulum.Dengan adanya aktiviti sukan sebegini sekolah dapat mencungkil bakat terpendam yang ada di kalangan muridยฒ.
Penyampaian hadiah turut disampaikan oleh En N.Thiyagaraja kepada atlet-atlet pasukan yang telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pelbagai kategori.
Kejohanan Sukan Tahunan ini merupakan acara tahunan dan acara ini adalah usahasama di antara pihak sekolah dan pihak PIBG SJKT TASEK PERMAI.
Keseluruhan tahun ini Rumah Kuning menjadi Johan manakala Naib johan oleh Rumah Biru dan Rumah Merah meraih tempat Ketiga
Beliau mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan pihak PIBG SJKT atas penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan ini dengan jayanya dan mengucapkan TERIMA KASIH menjemputnya.