28/01/2024
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA (DVS)
PERMOHONAN
PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN
BAGI TAHUN 2024 & 2025
Program Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi
mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan
peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil. Skop bantuan adalah dalam
bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu -
dengan konsep geran padanan 10:90), dan bantuan input penternakan, peralatan dan
pembaikan kandang/ reban......
Permohonan terbuka kepada semua penternak kecil ruminan yang mempunyai kriteria
seperti berikut:
Pemohon hendaklah:
1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55
tahun pada 1 Januari tahun permohonan;
2. Perternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Malaysia;
3. Mempunyai modal tunai sekurang-kuranya 10% dari nilai perolehan induk ternakan
(bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan);
4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif
beroperasi;
5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai;
6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/ jabatan lain; dan
7. Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.
Pemohonan boleh dibuat menggunakan borang permohonan Program Rezeki Ternak
yang disertakan dibawah. Permohonan ini dibuka 1 Februari 2024 sehingga 29
Februari 2024.
Dapatkan Borang:
https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/2024/BPIT/Iklan_Permohonan_PRT_(Ruminan)_2024_2025.pdf
Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat
Perkhidmatan Veterinar Daerah/ Pusat Operasi VetEC berhampiran.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
03-88702406 / 03-88702421
www.dvs.gov.my
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan