Amrey Ley's Photography

Amrey Ley's Photography An Adventurer | A Photographer | Forever Bound The Mountains

Jauh berjalan hanya semata-mata nak memotret pohon ala Walakiri, Sumba di Indonesia. Tapi  dancing trees ni bukan at san...
14/02/2026

Jauh berjalan hanya semata-mata nak memotret pohon ala Walakiri, Sumba di Indonesia. Tapi dancing trees ni bukan at sana. Tapi di Batu Pahat, Johor je. Letih menapak dan harung lumpur dengan tangan keduanya pegang tripod dan handphone. Nasib lah tak tersungkur dan tersembam🤣 hajat nak shoot long exposure air macam kapas gebu-gebu tapi tak buat research air pasang surut segala pemandangan kering kontang je😅 tapi alhamdulillah Tuhan hadiahkan langit terbakar dengan subjek meliuk lentok. Ada gambar lain tapi belum olah lagi.

Di antara kaca, cahaya, dan langit, kita belajar bahawa alam dan kota boleh berdamai.Di tengah hiruk-pikuk yang tidak pe...
03/01/2026

Di antara kaca, cahaya, dan langit, kita belajar bahawa alam dan kota boleh berdamai.
Di tengah hiruk-pikuk yang tidak pernah berhenti, kita memilih untuk memperlahankan langkah, memerhati awan bergerak dan cahaya jatuh perlahan di sebalik bangunan.
Kota gemerlapan ini mengingatkan kita bahawa ketenangan bukan tentang tempat yang sunyi, tetapi tentang hati yang tahu bila untuk berhenti dan menikmati saat ini.

Shoot ala-ala Nat Geo.Tiada lensa tambahan.
03/12/2025

Shoot ala-ala Nat Geo.

Tiada lensa tambahan.

07/11/2025

Sunrise pagi tadi🤍

01/11/2025

Langit diidamkan😍

Lama dah aim jambatan ni dan lama juga buat research nak terbangkan dron dan shoot long exposure kawasan mana nak starti...
20/10/2025

Lama dah aim jambatan ni dan lama juga buat research nak terbangkan dron dan shoot long exposure kawasan mana nak starting.

Sunset di Kukup, Pontian. Pulau tu sebenarnya tak pernah lagi datang dan explore. Lama duduk Johor tapi memang tak perna...
23/09/2025

Sunset di Kukup, Pontian. Pulau tu sebenarnya tak pernah lagi datang dan explore. Lama duduk Johor tapi memang tak pernah langsung untuk singgah walaupun rumah dekat je.

Di sini juga ada terminal perkhidmatan feri ulang alik ke Batam, Bintan Indonesia selain Stulang dan Puteri Harbour.

Daily life asyik bekerja harini baru dapat keluar menikmati sunrise.
21/09/2025

Daily life asyik bekerja harini baru dapat keluar menikmati sunrise.

Kg Genting, Pulau Tioman.Tak besar pun kampung ni. Berbanding Kg Salang dan Kg Tekek sebelum ni yang saya pernah bermala...
09/09/2025

Kg Genting, Pulau Tioman.

Tak besar pun kampung ni. Berbanding Kg Salang dan Kg Tekek sebelum ni yang saya pernah bermalam. Tapi keunikannya, riuh rendahnya, tenangnya memang dihayati betul.

Asal rencananya untuk ke Kg Mukut. Tapi ada masalah teknikal secara peribadinya. Hanya separuh perjalanan dan bermalam di Kg Genting je. Tapi, tidak kurang cantiknya juga. Sudah namanya di pulau kan semestilah tenang-tenang je.

Dah keberapa kali singgah tak berpeluang rakam Milky-way. Tapi kali ni, rezeki walau tak seindah dirancang tapi dapat co...
22/08/2025

Dah keberapa kali singgah tak berpeluang rakam Milky-way. Tapi kali ni, rezeki walau tak seindah dirancang tapi dapat combo sekali dengan blue tears. Alhamdulillah! Foto ni single shot hasil dari 100 gambar menggunakan aplikasi intervalometer untuk buat star trail.

Terima kasih meluang masa Fahmi Abd Malik semenjak sibuk bekerja ni jarang-jarang dah ke Mersing. InshaAllah akan datang akan kembali lagi.

The real heroes of Himalayas.Wira tak didendang ini berhempas pulas membawa kelengkapan makan minum dan ada juga membawa...
21/08/2025

The real heroes of Himalayas.

Wira tak didendang ini berhempas pulas membawa kelengkapan makan minum dan ada juga membawa barang-barang pakaian, beg dan sebagainya hanya semata-mata untuk meringankan beban pendaki dari seluruh dunia dengan upah tertentu.

Kadangkala bila melihat keringat mereka kita akan lebih bersyukur punya kerja yang stabil, berhawa dingin, mempunyai kenderaan sendiri dan setiap bulan gaji masuk berbanding pekerjaan mereka yang tidak tentu dengan upah yang kadangkala sekadar cukup makan. Itu belum lagi perjalanan rumah ke tempat kerja yang memakan masa berjam-jam sehingga bermalam meninggalkan keluarga. Juga musim dan cuaca bersilih ganti yang menghadkan rutin harian mereka.

Foto sederhana yang saya ambil ini menyedarkan saya bertapa kehidupan ini perlu diteruskan walau apa pun dunia ini nak jadi dan tidak perlu merungut dengan apa yang ada.

Annapurna Base Camp, Nepal 🇳🇵
June 2024

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amrey Ley's Photography posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category