29/05/2026
Tular satu hantaran di media sosial apabila seorang individu mendakwa petugas kesihatan di sebuah hospital di utara tanah air bertindak kasar ketika mengendalikan pesakit yang dikatakan pengsan dan sesak nafas di Jabatan Kecemasan.
Tular satu hantaran di media sosial apabila seorang individu mendakwa petugas kesihatan di sebuah hospital di utara tanah air bertindak kasar ketika mengendalikan pesakit yang dikatakan pengsan dan sesak nafas di Jabatan Kecemasan.
Dalam hantaran itu, individu berkenaan mempersoalkan tindakan petugas yang didakwa “picit bahu” dan “tekan kawasan mata” ketika cuba mendapatkan respons pesakit.
Wajah petugas kesihatan turut disebarkan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Namun di sebalik kemarahan yang sedang tular, masyarakat perlu memahami bahawa tidak semua tindakan yang kelihatan kasar pada mata awam bermaksud kekasaran.
Dalam situasi kecemasan, petugas kesihatan perlu menilai tahap kesedaran pesakit dengan cepat, termasuk melalui rangsangan tertentu seperti tekanan pada bahu atau kawasan orbit mata.
Apabila pesakit datang dalam keadaan pengsan, petugas perlu tahu dengan cepat sama ada pesakit benar-benar tidak sedar, hanya respon kepada suara, hanya respon kepada rangsangan sakit, atau langsung tidak memberi respons.
Ini dikenali sebagai penilaian AVPU: Alert, Voice, Pain, Unresponsive. Dalam penilaian ini, respons kepada rangsangan sakit memang digunakan untuk menilai tahap kesedaran pesakit.
“Picit bahu” biasanya merujuk kepada rangsangan pada otot trapezius di bahagian bahu/leher. Teknik seperti trapezius squeeze disebut sebagai contoh rangsangan sakit dalam penilaian AVPU.
“Tekan orbit mata” p**a bukan bermaksud menekan biji mata Tujuannya ialah untuk mendapatkan respons neurologi, bukan untuk mendera pesakit.
Dalam kecemasan, respons kecil pun sangat penting.
Pesakit menepis tangan, mengerang atau membuka mata bukan perkara remeh. Ia membantu petugas menentukan sama ada pesakit masih memberi respons, perlu bantuan pernafasan, perlu oksigen, perlu rawatan segera atau perlu dimasukkan ke zon kritikal.
Jangan cepat kelirukan tindakan klinikal dengan kekasaran.
Boleh minta siasatan.
Boleh tuntut penjelasan.
Tetapi jangan hukum petugas kesihatan hanya kerana satu tindakan kecemasan kelihatan kasar pada mata orang awam.
Kadang-kadang tangan yang nampak keras itulah tangan yang sedang memastikan seseorang masih bersama kita.