20/02/2024
Dwarf Wood Scorpion
Satu spesis kala jengking yang boleh dijumpai berhampiran pokok, bawah daun kering, bawah kayu atau kulit pokok dan bawah batu.
Kala jengking ni tak berbisa untuk manusia tapi boleh mengalami kesakitan yang sederhana atau sikit sekiranya terkena sengat.
Dekat Taman Eko Rimba Lubuk Yu ada banyak kala jengking ni cuma payah untuk kita nampak sebab warnanya yang sama dengan persekitaran. Kalau nak cari kena guna lampu UV pada waktu malam baru boleh nampak dengan jelas.