IPD Kapit

IPD Kapit Selamat Datang Ke Page IPD Kapit Official

PROGRAM ADVOKASI DAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OP SELAMAT 26 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026Kapit, 19 Mac 2026 – P...
19/03/2026

PROGRAM ADVOKASI DAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OP SELAMAT 26 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026

Kapit, 19 Mac 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak terus komited dalam memperkukuh tahap keselamatan jalan raya menerusi penganjuran Program Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 26 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026. Bagi peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit, program Advokasi dan kempen Keselamatan Jalan Raya ini telah diadakan di Kapit Town Square pada hari ini.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, P.216. Pelaksanaan program ini merupakan inisiatif proaktif PDRM dalam mendekati masyarakat secara langsung bagi meningkatkan kesedaran serta membudayakan amalan pemanduan selamat dalam kalangan pengguna jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan yang sinonim dengan peningkatan aliran trafik.

Turut hadir ialah DSP Rohana anak Nanu, Ketua Polis Daerah Kapit bersama pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Elvis Didit, Residen Bahagian Kapit; Tuan Thomas Kendawang Geoffery, Pegawai Daerah Kapit; dan Puan Tracy Nyipa, wakil kepada Pegawai Daerah Bukit Mabong.

Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada agensi luar iaitu Tuan Bin anak Saing, Ketua Cawangan Pengangkutan Jalan Bahagian Kapit; PPgB Timothy anak Barat, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kapit; serta Kapt Frankie anak John Jawan, Ketua Cawangan APAM Bahagian Kapit, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh advokasi keselamatan jalan raya.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah diadakan antaranya sesi advokasi keselamatan jalan raya, pengagihan risalah keselamatan dan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan, serta interaksi dua hala bersama masyarakat setempat. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan pematuhan undang-undang lalu lintas, sikap bertanggungjawab di jalan raya serta keutamaan aspek keselamatan bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Inisiatif ini diharapkan mampu menyemai kesedaran berterusan dalam kalangan pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan, sekali gus memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Penganjuran program ini juga mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkasakan pendekatan pencegahan melalui pendidikan dan advokasi selaras dengan pelaksanaan Op Selamat 26, demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.






19/03/2026

'RUNNING AGAINST SCAMMER'

Jom mendaftar. Sila scan QR untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup penyertaan 28 April 2026.

"BE SMART, STAY ALERT".

TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN KES DADAH DIBAWAH SEKSYEN 39A (1) ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB  1952Pada 27/02/...
27/02/2026

TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN KES DADAH DIBAWAH SEKSYEN 39A (1) ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB 1952

Pada 27/02/2026 bertempat di tepi Jalan Airport, Kapit, Sarawak, pihak polis dari BSJND IPD Kapit telah menahan satu (1) lelaki warga tempatan yang mencurigakan dipercayai terlibat dengan aktiviti dadah. Hasil pemeriksaan lanjut, telah menjumpai lima (5) paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati air kencing sabjek positif dadah jenis M**h dan Amp serta ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pihak polis IPD Kapit memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan tersebut dan menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Kapit.




TANGKAPAN (2) LELAKI KES DADAH DIBAWAH SEKSYEN 12(2) ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB  1952Pada 19/02/2026 bertempat di...
19/02/2026

TANGKAPAN (2) LELAKI KES DADAH DIBAWAH SEKSYEN 12(2) ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB 1952

Pada 19/02/2026 bertempat di kawasan Pelajau, Kapit, Sarawak, pihak polis dari BSJND IPD Kapit telah menahan dua (2) lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti dadah. Hasil pemeriksaan lanjut, telah menjumpai dua (2) paket lutsinar didalamnya berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati air kencing kedua-dua sabjek positif dadah jenis M**h dan Amp.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pihak polis IPD Kapit memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan tersebut dan menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Kapit.




PROGRAM “MEET AND GREET” ADVOKASI KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OP SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 202...
16/02/2026

PROGRAM “MEET AND GREET” ADVOKASI KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OP SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2026 IPD KAPIT

16 Februari 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kapit telah melaksanakan Program "Meet and Greet" Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026 bertempat di Jalan Selirik, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit.

Program yang dihadiri oleh semua Ketua Bahagian, pegawai kanan dan Ketua Polis Balai IPD Kapit bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah, khususnya dalam tempoh musim perayaan.

Selain edaran risalah keselamatan jalan raya dan goodies bag kepada pengguna jalan raya, pihak polis juga memperkenalkan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone (VSP) kepada masyarakat setempat sebagai saluran penyaluran maklumat kepada pihak polis.

Bersama kita wujudkan jalan raya yang lebih selamat untuk semua.

“Selamat Bersama JSPT”





TANGKAPAN KES DADAH SEKSYEN 12(2)ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB  1952Pada 11/02/2026 bertempat di Jalan Puan Sri Tion...
10/02/2026

TANGKAPAN KES DADAH SEKSYEN 12(2)ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB 1952

Pada 11/02/2026 bertempat di Jalan Puan Sri Tiong, Kapit, Sarawak, pihak polis daripada BSJND IPD Kapit telah menahan (1) lelaki warga tempatan kerana terlibat dengan aktiviti dadah. Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu (1) balang kaca kecil lutsinar didalamnya berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati air kencing sabjek positif dadah jenis M**h dan Amp.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pihak polis IPD Kapit memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan tersebut dan menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Kapit.




07/02/2026
KAPIT, 7 Februari 2026 (Sabtu) - YDH CP Datuk Gilberd anak Philip Layang - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (PJLo...
07/02/2026

KAPIT, 7 Februari 2026 (Sabtu) - YDH CP Datuk Gilberd anak Philip Layang - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (PJLog), Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman bersama isteri YBhg Datin Siti anak Manau, Pengerusi PERKEP, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, serta delegasi yang terdiri daripada YDH SAC Zakaria bin Ismail - Timb. Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, ACP Shahrulnizam bin Ahmad - Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sarawak, YDH Supt. Mohd Hazreeq bin Yunus - PP Pengurusan Fasiliti, JLog Bukit Aman dan YDH DSP Effarni Syuhaizi binti Ahmad, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman telah mengadakan lawatan ke IPD Kapit dan tapak pembinaan IPD Kapit dan Balai Polis Kapit yang baharu hari ini.

Lawatan ke IPD Kapit telah disambut meriah oleh YDH DSP Rohana anak Nanu, Ketua Polis Daerah Kapit bersama semua Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam serta ahli PERKEP IPD Kapit. Selesai lawatan di IPD Kapit, YDH CP Datuk Gilberd anak Philip Layang (PJLog) bersama rombongan meneruskan lawatan ke tapak projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis Kapit yang baharu. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan fizikal bagi projek pembinaan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis Kapit bertempat di Lot 464, Menuan Land District, Jalan Kapit - Song, Bleteh, Kapit.

Fokus utama lawatan ini adalah bagi memastikan pembinaan berjalan mengikut jadual dan mematuhi standard keselamatan PDRM. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Ar. Ts. Mohd Kamal bin Said selaku wakil agensi pelaksana (PBLT SDN. BHD) dan memaklumkan bahawa kerja-kerja Fasa 1 (Cut & Fill) dijangka siap pada 30 Jun 2026. Manakala kerja-kerja pembinaan Fasa 2 (bangunan) akan bermula pada bulan Ogos 2026 dan dijangka siap pada bulan Oktober 2029.

Sesi lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit dan tapak projek pembinaan IPD & Balai Polis Kapit yang baharu berjalan dengan lancar.







PERHIMPUNAN BULANAN IBU PEJABAT POLIS (IPD) KAPIT BAGI BULAN JANUARI 20256IPD Kapit, 30 Januari 2026 — Perhimpunan Bulan...
30/01/2026

PERHIMPUNAN BULANAN IBU PEJABAT POLIS (IPD) KAPIT BAGI BULAN JANUARI 20256

IPD Kapit, 30 Januari 2026 — Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit bagi bulan Januari 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Perkarangan IPD Kapit, melibatkan kehadiran seramai 75 orang Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Polis.

Perhimpunan dimulai dengan kehadiran YDH DSP Rohana anak Nanu, Ketua Polis Daerah Kapit, diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa yang dipimpin oleh Insp. Mohamad Fauzan bin Abdollah dan diteruskan dengan ucapan serta amanat daripada YDH Ketua Polis Daerah Kapit kepada semua warga kerja IPD Kapit.

YDH Ketua Polis Daerah Kapit juga turut berbesar hati menyempurnakan Penyematan Kemajuan Pangkat Konstabel ke Lans Koperal kepada 3 penerima dan Sijil Penghargaan KPD Kapit kepada 9 penerima yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis di atas kecemerlangan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Selesai majlis penyematan Pangkat dan penyampaian Sijil Penghargaan, bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara oleh semua warga IPD Kapit yang diketuai oleh Insp Mohamad Syafriedan bin Yusof dan kemudiannya diakhiri dengan nyanyian Polis Sedia Berkhidmat serta disusuli dengan sesi bergambar. Perhimpunan berjalan dengan baik dan lancar.






KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA POLIS SARAWAKKes Kematian Melibatkan Pasangan Suami Isteri di Taman Mutiara, Sri Aman.
14/01/2026

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA POLIS SARAWAK

Kes Kematian Melibatkan Pasangan Suami Isteri di Taman Mutiara, Sri Aman.

TANGKAPAN KES DADAH SEKSYEN 12(2) ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB  1952Pada 02/12/2025 bertempat di Pekan Kapit, Saraw...
03/12/2025

TANGKAPAN KES DADAH SEKSYEN 12(2) ADB 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) ADB 1952

Pada 02/12/2025 bertempat di Pekan Kapit, Sarawak, BSJND IPD Kapit telah menahan (1) lelaki dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan menjumpai tiga (3) tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati air kencing sabjek positif dadah jenis M**h dan Amp.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pihak polis IPD Kapit memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan tersebut dan menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Kapit.





Address

Jalan Selirik
Kapit
96800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IPD Kapit:

Share

Category