Nadzlanimages

Nadzlanimages Hello & welcome to my photography page . Prints available upon request . Do let me know for any inqu

Salam Aidiladha buat semua.Korek stok lama ja, rindu aihh nak layan sunset 🥲
16/06/2024

Salam Aidiladha buat semua.

Korek stok lama ja, rindu aihh nak layan sunset 🥲

Ramadhan Kareem !Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat para sahabat . Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah & se...
11/03/2024

Ramadhan Kareem !

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat para sahabat . Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah & semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik buat kita ❤️

Salam & Selamat Petang .Gambaq yang abiang upload tahun lepas rasanya, saja share dari un-edited RAW dan hasil setelah m...
07/03/2023

Salam & Selamat Petang .

Gambaq yang abiang upload tahun lepas rasanya, saja share dari un-edited RAW dan hasil setelah melalui proses suntingan . Sebenaqnya dah pernah proses dulu gambaq ni tapi kesemuanya proses dlm format B&W sahaja, tak try langsung proses dlm versi berwarna sbb dok rasa mcm susah nak buat . Petang kelmarin tu taktau mai mood dari mana, dari RAW tu tiba-tiba menjadi pulak hasil suntingan tu .

Kalau nak ikut, ni dah dikira sebagai menipu dah sebab momen tu takdak pun, tapi bak kata orang Arau, lantak pi asaikan ada gambaq 😂😂😂

Jemput follow ya, abiang baru sempat recycle reels dari instagram ja letak kat situ, tak nyempat nak masuk content baru ...
27/02/2023

Jemput follow ya, abiang baru sempat recycle reels dari instagram ja letak kat situ, tak nyempat nak masuk content baru 🤣

Salam & Selamat Petang . Selamat Berhujung Minggu ." The Remains of Tanjung Putus "Siri ni abiang kongsikan sebagai gamb...
18/02/2023

Salam & Selamat Petang . Selamat Berhujung Minggu .

" The Remains of Tanjung Putus "
Siri ni abiang kongsikan sebagai gambaran kepada keadaan lokasi paling menjadi lokasi pilihan abiang sekiranya ingin merakamkan foto matahari terbit iaitu Tanjung Putus, Permatang Pauh .

Dikenali juga sebagai Kampung Tanjung Putus, lokasi yang agak mudah dijumpai ini telah menjadi salah satu lokasi ikonik pada penggemar fotografi di Pulau Pinang khususnya . Namun atas beberapa faktor geografi, keadaan di sini mula berubah seawal tahun 2018 apabila beberapa pokok mula kering . Foto-foto ini abiang rakamkan pada awal tahun 2022 .

Sayang seribu kali sayang, berharap jugak kot kot nanti ada rezeki pokok-pokok kembali segar dan sihat supaya dapat ke sini lagi merakamkan keindahannya !

Salam & Selamat Malam ." Postcard From Kuala Muda Penaga "Siri Sunset Pantai Kuala Muda yang terletak di Kampung Kuala M...
15/02/2023

Salam & Selamat Malam .

" Postcard From Kuala Muda Penaga "

Siri Sunset Pantai Kuala Muda yang terletak di Kampung Kuala Muda, Penaga . Pantai yang menjadi salah satu pantai kegemaran saya untuk dirakamkan ketika waktu matahari terbenam kerana keunikan pasir dan texture yang ada pada pantai ini ketika air surut .

Bentuk alunan pasir yang sangat unik ini menambahkan efek dramatik pada gambar sekiranya komposisi pilihan anda bersesuaian dengan apa yang ingin di rakamkan . Seingat abiang seawal tahun 2012 abiang kerap ke sini ketika air surut merakamkan suasana matahari terbenam dan pada ketika itu pasir pantai masih belum terhakis dengan teruk namun ketika kembali ke sini beberapa tahun lepas, kelihatan air pasang besar yang kerap berlaku telah menghakis pantai dan hanya ketika air surut pada paras bawah -0.5m barulah texture pasir ini akan kelihatan (sila betuilkan saya jika salah).

Gambar-gambar ni pulak abiang rakamkan pada bulan Oktober 2020, masa baru baru habis PKP, anak anak rindu nak ke pantai . Timing tu pulak cantik & alhamdulillah ada rezeki momen matahari terbenam petang tu lawa kemain . Oh ya, masa ni jugak abiang ada buat video, kekonon nak jadi youtuber la kiranya, walaupun tak banyak view abiang share ja laa noh link dia kat sini [ https://youtu.be/3lmgIDvtGd0 ] 😂

Macam biasa, kalau s**a boleh ketik SHARE & boleh download gambar yang ada untuk buat wallpaper 🥰

Salam & Selamat Berhujung Minggu ." Paddy Field of Keningau, Sabah "Berikut adalah beberapa rakaman foto sekitar sawah p...
11/02/2023

Salam & Selamat Berhujung Minggu .

" Paddy Field of Keningau, Sabah "
Berikut adalah beberapa rakaman foto sekitar sawah padi yang terletak di sebuah daerah di negeri Sabah iaitu Keningau, beberapa tahun yang lalu .

Warna alam yang sangat mempersonakan ! Boleh ambik buat wallpaper ya kalau nak 😁

10/02/2023
Salam & Selamat Petang .Masjid Penang Port, terletak di North Butterworth Container Terminal atau juga dikenali sebagai ...
08/02/2023

Salam & Selamat Petang .

Masjid Penang Port, terletak di North Butterworth Container Terminal atau juga dikenali sebagai NBCT, masjid ini merupakan salah satu tarikan untuk peminat fotografi landskap kerana kedudukannya yang menghadap ke arah matahari terbenam . Merupakan lokasi kegemaran abiang jika cuaca memberansangkan !

Perlu diingatkan masjid ini adalah masjid yang dibina untuk kemudahan pekerja yang bekerja di NBCT dan sekitarnya . Pada awal pembukaan masjid ini, jarang sekali ada isu berkenaan kebenaran untuk merakamkan foto di sini namun sejak awal tahun 2019 kalau tak salah, agak s**ar untuk merakamkan foto sunset kerana menurut penguatkuasa yang bertugas di sini, anda perlu memohon permit dan kebenaran dari Pejabat NBCT yang terletak di Penang Sentral sekiranya ingin mengambil gambar di sini .

Tapi abiang tetap rasa port ni memang best sebab strategik dan kedudukan masjid tu yang menghadap ke arah matahari terbenam, banyak dah koleksi yang ada di sini namun tetap rasa nak repeat, walaupun dah tak boleh masuk, rasa rugi kekurangan 1 port sunset yang best !

Salam Jumaat & Selamat Malam .Siri Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan .Antara spot fotografi landskap tanah air yang terle...
02/02/2023

Salam Jumaat & Selamat Malam .

Siri Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan .

Antara spot fotografi landskap tanah air yang terletak di daerah Tumpat, Kelantan . Dikenali dengan ketenangan air yang ada di sini, ini adalah spot fotografi terbaik yang terdapat di sini kerana kebolehannya memberikan refleksi pada gambar anda selain lokasi yang strategik dengan bot nelayan kampung yang terdapat di sini bakal memudahkan anda untuk memasukkan subjek bot tersebut dlm komposisi yang anda inginkan .

Gambar diambil sekitar Julai 2018, abiang ke Kelantan menghadiri kenduri seorang sahabat fotografi . Tidak melepaskan peluang, berjaya jugak ke lokasi ini untuk merakamkan keindahanNya . Walaupun ini adalah kali pertama tiba ke lokasi ini, abiang dah terpaku dgn keindahannya, harap-harap boleh singgah lagi ke sini sebab banyak lagi komposisi dan bahagian pantai yang belum dijelajah demi sekeping gambaq Salam Jumaat 😂

Salam & Selamat Petang ." Untitled "Kuala Muda, Penaga .Hari yang sebenarnya agak kelam masa shoot ni, pening taktau nak...
02/02/2023

Salam & Selamat Petang .

" Untitled "
Kuala Muda, Penaga .

Hari yang sebenarnya agak kelam masa shoot ni, pening taktau nak balik proses macam mana, abiang decide utk shoot long exposure supaya ada efek ayaq bak kabus gitu supaya senang nak sunting gaya-gaya fine art gini haa . Ada lagi beberapa keping boleh di sunting tapi bila nak mai mood pun taktau haihh hahaha 🤣

Salam & Selamat Malam .Kongsi sekeping gambaq bumbung restoran terapung yang terletak di persisir pantai Kuala Perlis . ...
01/02/2023

Salam & Selamat Malam .

Kongsi sekeping gambaq bumbung restoran terapung yang terletak di persisir pantai Kuala Perlis . Salah satu scene yang abiang sangat s**a bilamana cahaya matahari menyimbah sebelum terbenam ketika senja ingin berlabuh . Waktu ni, golden light tu memang boleh buat mata abiang terleka melayan momen antara cahaya dan bayang .

" Untitled "
Pantai Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan .

Address

Keningau
89###0 TO 89###9

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadzlanimages posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nadzlanimages:

Share