STAR KOTA BELUD

STAR KOTA BELUD Membawakan berita-berita terkini

Timbalan Ketua Bahagian Usukan Tegaskan Kekal Bersama STARKOTA BELUD: Timbalan Ketua Bahagian Usukan, Tuan Iman Samar  m...
30/03/2026

Timbalan Ketua Bahagian Usukan Tegaskan Kekal Bersama STAR

KOTA BELUD: Timbalan Ketua Bahagian Usukan, Tuan Iman Samar menegaskan pendirian untuk terus kekal bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan meneruskan perjuangan parti di kawasan tersebut.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bersama barisan Ahli Jawatankuasa yang memilih untuk tidak meninggalkan parti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Bahagian sebelum ini atas kepimpinan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh bersama.

Menurutnya, perjuangan STAR di Usukan tidak bergantung kepada mana-mana individu, sebaliknya berteraskan prinsip memperjuangkan hak Sabah, mempertahankan maruah negeri serta memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pihaknya akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan parti, khususnya Presiden YB DSP Dr Jeffrey G. Kitingan, dalam meneruskan agenda perjuangan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa barisan kepimpinan bahagian telah berjumpa dan berbincang dengan Penyelaras Parlimen Kota Belud, Datuk Jalumin Bayogoh dan menyambut baik saranan untuk mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dalam masa terdekat.

Mesyuarat ini penting sebagai langkah menyusun semula organisasi serta memperkukuh jentera parti STAR di Usukan.

“Ini bukan masa untuk berundur, sebaliknya masa untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan lebih kuat dan bersatu,” katanya.

Perjuangan Diteruskan, Usukan Kekal Bersama STARKOTA BELUD, 29 Mac 2026: Satu pertemuan telah diadakan bersama barisan k...
30/03/2026

Perjuangan Diteruskan, Usukan Kekal Bersama STAR

KOTA BELUD, 29 Mac 2026: Satu pertemuan telah diadakan bersama barisan kepimpinan Bahagian Usukan yang kekal setia bersama STAR, susulan tindakan Ketua Bahagian meninggalkan parti.

Pertemuan tersebut melibatkan Timbalan Ketua Bahagian, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita serta sebahagian Ahli Jawatankuasa yang mengambil pendirian untuk terus bersama parti STAR.

Dalam pertemuan itu, Penyelaras Parlimen STAR Kota Belud, Datuk Jalumin Bayogoh merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh barisan kepimpinan bahagian, sekali gus menegaskan bahawa asas perjuangan STAR di Usukan kekal kukuh dan tidak terjejas.

Sebagai langkah susulan, satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyusun semula gerak kerja serta memperkukuh jentera parti.

Mesyuarat tersebut dijangka turut dihadiri oleh Setiausaha Agung parti, Senator Datuk Edward Linggu.

Pada masa yang sama, usaha membina semula dan memperkuatkan STAR Usukan akan terus digerakkan sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh Parlimen Kota Belud dalam mendepani Pilihan Raya Umum akan datang.

Perjuangan ini akan terus diperkasa.

Kalau bukan kita, siapa lagi ...

✒️admin



Tahniah rakyat Kota Belud, sudah memilih wakil untuk membawa suara kamu di pentas Dewan Undangan. Apapun, semoga pemimpi...
30/11/2025

Tahniah rakyat Kota Belud, sudah memilih wakil untuk membawa suara kamu di pentas Dewan Undangan.

Apapun, semoga pemimpin yg diberikan mandat ini akan membawa kestabilan dan penambahbaikan di Kota Belud dari segala aspek.

Selamat berkhidmat YB


Selamat Mengundi, Warga Kota Belud!Hari ini, suara anda menentukan arah masa depan.Kami mengucapkan selamat maju jaya ke...
28/11/2025

Selamat Mengundi, Warga Kota Belud!

Hari ini, suara anda menentukan arah masa depan.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada empat calon STAR Kota Belud yang berjuang dengan penuh komitmen sepanjang kempen:

⭐ N.8 Pintasan - Ds Raplin Samat
⭐ N.9 Tempasuk – Walter Mark Mukis
⭐ N.10 Usukan – Mohd Lin Harun
⭐ N.11 Kadamaian – Daveylondon Rubbin

Semoga perjalanan hari ini dipermudahkan,
dan semoga suara rakyat Kota Belud
mengangkat pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat.

UNDILAH CALON STAR



Calon-calon Parti STAR Kota Belud. N.8 Pintasan- Ds Raplin Samat N.9 Tempasuk- Walter Mark Mukis N.10 Usukan- Hj Lin Bin...
19/11/2025

Calon-calon Parti STAR Kota Belud.

N.8 Pintasan- Ds Raplin Samat
N.9 Tempasuk- Walter Mark Mukis
N.10 Usukan- Hj Lin Bin Harun
N.11 Kadamaian- Ts Davylandon Rubbin

Kita sokong dan menangkan Calon-calon STAR kita untuk membawa suara rakyat Sabah ke pentas Dewan Undangan 🔥

Kalau bukan kita, siapa lagi...
Kalau bukan sekarang, bila lagi ...

Ini Kali Lah kita Menang 💪




“Dari Tempasuk, Untuk Tempasuk” Antara Manifesto Realistik & Berpandangan Jauh Walter Mark MukisDalam ratusan pemimpin y...
19/11/2025

“Dari Tempasuk, Untuk Tempasuk”
Antara Manifesto Realistik & Berpandangan Jauh Walter Mark Mukis

Dalam ratusan pemimpin yang datang dan pergi, bukan semua hadir dengan pelan kerja yang jelas, tersusun dan fokus kepada rakyat.

Calon No.7 ➡️ Walter Mark Mukis muncul dengan pendekatan baharu, perjuangan yang berpaksi pada pembangunan ekonomi kampung, rakyat, dan masa depan Tempasuk.

Beliau membawa pelan yang boleh dilaksanakan.
Dua agenda besar beliau ini sedang menjadi pemangkin kepada Tempasuk yang lebih baik 👍

1. Program ➡️ “1 PDM 1 Produk”
Mengangkat Keunikan Setiap Kampung

Setiap PDM di Tempasuk ada identiti tersendiri:
Ada yang kaya dengan hasil laut, ada yang hebat dalam kraftangan, ada yang terkenal dengan pertanian, dan ada yang menyimpan warisan budaya yang unik.

Tapi selama ini potensi itu tidak digilap.

Di bawah Walter, plan ini akan dilaksanakan:

✅ Inventori potensi setiap PDM
✅ Latihan keusahawanan, pembungkusan & piawaian kualiti
✅ Penubuhan mini hub pemasaran daerah
✅ Promosi digital “Produk Tempasuk”
✅ Pembiayaan melalui mikro kredit & koperasi

Impaknya?
Pendapatan meningkat, produk kampung menjadi jenama, ekonomi desa jadi lebih kuat.

Tempasuk akan ada signature product dari setiap PDM ❤️

2. Agro-Transformation Hub
Revolusi Pertanian Tempasuk

Pertanian ialah nadi Tempasuk.
Tapi tanpa teknologi, tanpa fasiliti, tanpa sokongan strategik, usaha petani kita terbatas.

Walter membawa transformasi:

✅ Hab agro moden serba lengkap
✅ Latihan smart farming & IoT
✅ Pemprosesan dan pembungkusan bernilai tambah
✅ Cold room & pusat pengumpulan hasil
✅ Kerjasama bersama MARDI, FAMA & universiti

Ini bukan sekadar projek, ini masa depan.
Ia akan melahirkan agropreneur muda, memajukan petani sedia ada, dan memaksimumkan hasil pertanian Tempasuk.

Jadi, Kenapa Walter❓️
Kerana dia datang dengan ilmu, pengalaman, dan pelan kerja, bukan cakap kosong.

Kerana dia mahu Tempasuk bangkit dengan maruah dan pembangunan sebenar.

Kerana dia tidak pernah lari daripada rakyat.

Inilah pemimpin yang kita perlukan di Tempasuk:
Muda, dinamik, berwawasan, dan berpijak pada realiti.

Rumah Kita, Kita Jaga.
Kunci Rumah, Kita Pegang.

Tempasuk Bangkit, Sabah Maju!




Kota Belud meletakkan harapan menang kepada 4 pejuang yang akan mendepani cabaran 14 hari akan datang ini. Jom kenali me...
15/11/2025

Kota Belud meletakkan harapan menang kepada 4 pejuang yang akan mendepani cabaran 14 hari akan datang ini.

Jom kenali mereka :
N.8 Pintasan - Ds Raplin Samat
N.9 Tempasuk- Walter Mark Mukis
N.10 Usukan - Hj Mohd Lin Hj Harun
N.11 Kadamaian- Ts Davylandon Datuk Rubbin

Ini Kali Lah ... Kita Menang 🔥




📍 Keningau1. Tambunan - DSP Dr Jeffrey Kitingan2.  Bingkor - Datuk Ishak Ayub 3. Liawan -  Augustine A Nain.Ini Kali Lah...
15/11/2025

📍 Keningau

1. Tambunan - DSP Dr Jeffrey Kitingan
2. Bingkor - Datuk Ishak Ayub
3. Liawan - Augustine A Nain.

Ini Kali Lah ... Kita Menang 🔥

13/11/2025

CALON STAR N.10 USUKAN
Mohd. Lin Bin Hj Harun

Star bersinar di Usukan 🌟


13/11/2025

CALON STAR N.9 Tempasuk
Walter Mark Mukis

Ini Kali Lah,
Kita kasi menang Star di Tempasuk 🔥




Address

Di Bawah Langit Yang Biru
Kota Belud

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when STAR KOTA BELUD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category