14/02/2025
Kita semua bakal jenazah.
Sebelum tangan ringan melakukan jenayah, ingatlah, akhirnya kita juga akan kembali ke tanah.
Jangan sakiti insan lain demi nikmat dunia yang sementara.
الدُّنْيَا لَا تَسْوِي عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ
Dunia ini di sisi Allah tidak lebih bernilai daripada sebelah sayap nyamuk. (Hadis Riwayat Tirmizi)...
Namun, kita mengejarnya seolah-olah ia abadi.
Sedangkan yang kekal hanyalah amal yang kita bawa pergi dan dosa yang akan diperhitungkan.
Semoga kita sedar sebelum terlambat,
bahawa apa yang kita kejar mungkin bukan yang benar-benar bermanfaat.
حَبْلٌ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٌ مِنَ النَّاسِ
Salam jumaat.