Mej B Mansor Zakaria

Mej B Mansor Zakaria ADUN Kuala Ketil - EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan (PAGE RASMI)

Jom 2 hari bulan 5 ni, kita pakat pi tengok anak-anak tahfiz dan madrasah kita berlawan nanti.
26/04/2026

Jom 2 hari bulan 5 ni, kita pakat pi tengok anak-anak tahfiz dan madrasah kita berlawan nanti.

Pelancaran Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) 2026Alhamdulillah, kelmarin saya berkesempatan hadir bagi merasmikan pela...
26/04/2026

Pelancaran Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) 2026

Alhamdulillah, kelmarin saya berkesempatan hadir bagi merasmikan pelancaran Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) 2026 bertempat di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Langkah ini merupakan inisiatif proaktif Kerajaan Negeri melalui strategi ‘Decentralized Grassroots’. Kita mahu beralih daripada kaedah lama kepada paradigma baharu—iaitu meletakkan kuasa dan tanggungjawab pencegahan terus ke tangan komuniti setempat.

Ingatlah, benteng paling ampuh melawan ancaman dadah bermula dari rumah dan kejiranan kita sendiri. Jangan biarkan ruang sekecil pun untuk pengaruh negatif bertapak. Apabila komuniti peka dan berani bertindak, kita bukan sahaja menyelamatkan individu, malah sedang memelihara masa depan generasi akan datang.

Ayuh seluruh warga Kedah, kita jadikan kampung kita sebagai contoh zon selamat dan sejahtera.

Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji 2026 DUN Kuala Ketil 🕋Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk meraikan serama...
24/04/2026

Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji 2026 DUN Kuala Ketil 🕋

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk meraikan seramai 28 orang bakal jemaah haji dari DUN Kuala Ketil dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Kampung Tembak.

Selain meraikan keberangkatan mereka, Pusat Khidmat DUN Kuala Ketil juga turut menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas buat semua jemaah yang bakal berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit manfaat dan melancarkan urusan para tetamu Allah di sana nanti.

Sama-sama kita doakan agar perjalanan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan pulang dengan memperoleh haji yang mabrur. Amin YRA.

Alhamdulillah, projek untuk kemudahan warga tani kita di Kampung Padang Kulim sedang berjalan lancar.Sekarang tengah fas...
23/04/2026

Alhamdulillah, projek untuk kemudahan warga tani kita di Kampung Padang Kulim sedang berjalan lancar.

Sekarang tengah fasa cuci saluran air dan buat jalan batu kasaran. Lepas ni, mudahlah pak menakan dan abang-abang pesawah kita nak masuk ke petak sawah. Nak bawak keluar hasil pun dah tak payah pening kepala redah selut.

Terima kasih JPS Kedah atas inisiatif ini. Moga urusan pesawah kita makin dipermudahkan.

Menghadiri Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Sejahtera 2026Majlis ini ...
23/04/2026

Menghadiri Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Sejahtera 2026

Majlis ini disempurnakan dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah di Dewan Al Hana Pekan S*k.

Untuk pengatahuan semua, Majlis ini bertujuan meraikan pelajar-pelajar Negeri Kedah yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2025.

Moga dengan pendekatkan Kerajaan Negeri Kedah ini dapat memupuk semangat para pelajar terus berusaha untuk masa yang akan datang.

Pusat Khidmat DUN Kuala Ketil menyampaikan 50 pek makanan kepada Khidmat Malaysia Cawangan Kedah untuk diserahkan kepada...
23/04/2026

Pusat Khidmat DUN Kuala Ketil menyampaikan 50 pek makanan kepada Khidmat Malaysia Cawangan Kedah untuk diserahkan kepada penduduk Padang Terap yang ditimpa musibah ribut baru-baru ini.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penerima.

Mengadakan perbincangan bersama AADK Kedah bagi menjayakan Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah yang bakal diadakan pada...
22/04/2026

Mengadakan perbincangan bersama AADK Kedah bagi menjayakan Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah yang bakal diadakan pada 25 april ini di Dewan KRT Kg Berjaya Alor Setar.

MENGHADIRI MAJLIS PENGUCAPAN SELAMAT JALAN KEPADA 140 JEMAAH YANG BAKAL MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI.Kebawah Duli Yang Maha...
22/04/2026

MENGHADIRI MAJLIS PENGUCAPAN SELAMAT JALAN KEPADA 140 JEMAAH YANG BAKAL MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut bagi meraikan 140 bakal jemaah haji dari negeri kedah yang bakal berangkat ke Tanah Suci.

Turut hadir bagi mengiringi kenerangkatan Tuanku Sultan, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Sanusi Md Nor. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali. Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Dr. Nadzman Mustaffar dan Ahli-Ahli Exco Negeri Kedah.

PERJUMPAAN BERSAMA SYARIKAT PEMAJU CITY STAR
20/04/2026

PERJUMPAAN BERSAMA SYARIKAT PEMAJU CITY STAR

MENGHADIRI PROGRAM LIBAT URUS SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI KEDAH BERSAMA AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGER...
20/04/2026

MENGHADIRI PROGRAM LIBAT URUS SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI KEDAH BERSAMA AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH TAHUN 2026

18/04/2026

MAJLIS AIDILFITRI ANAK KEDAH DI PERANTAUAN 2026

Address

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK KUALA KETIL) Kg Bukit Pak Kuning
Kuala Ketil
09300

Telephone

+6044164544

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mej B Mansor Zakaria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mej B Mansor Zakaria:

Share