WESB TV

WESB TV Share your experience with us! So that we can tell the world about it.

31/01/2023

Bercita-cita nak jadi pilot tapi tak tahu mana nak start. Boleh layan video ni dulu, if ada soalan boleh tanya Shakira Bashir. Tak ramai juruterbang wanita kat Malaysia ni. Cuba la jika anda berminat. Full video: https://youtu.be/xEfnbgphm3A

15/11/2022

Batasan pada hari mengundi

26. (1) Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi—

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa-apa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya;

(b) memberikan atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain sebagai, atau bagi maksud, diayah politik atau menggunakannya sendiri atau menggunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu;

(c) membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24b(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b);

(d) menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya itu;

(e) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi—

(i) cuba menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi;

(ii) menyemak dalam mana-mana senarai nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi;

(iii) merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi mana-mana calon dalam pilihan raya itu;

(iv) menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya tetapi tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang pegawai yang hak atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu daripada menjalankan tugasnya berhubung dengan penjalanan sesuatu pilihan raya;

(f) bagi pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon atau parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih di rumah atau di tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai; atau

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama,

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(3) Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Sos: Undang-Undang Malaysia | Akta 5 | Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954https://www.spr.gov.my/sites/default/files/perundangan/akta-5-cetakan-semula-2016.pdf

03/11/2022

Impromptu Interview - Fara Dolhadi

14/10/2022

Ramai yang tak tahu kelebihan menjadi anggota Kor SUKSIS UM. Yang paling best, tempat tinggal sampai tamat belajar dekat UM.

Full video https://youtu.be/w75KmR8dW0U

24/04/2022

Tiba-tiba video Firah Mazri bermain piano di tiktok menjadi viral. Jika korang nak belajar piano atau hire boleh contact Firah.

https://youtu.be/ZUYQHMIzCsU

23/04/2022

Jangan lupa saksikan penceritaan bagaimana Adik Bella dimasukan dalam rumah sinar harapan dan rumah bonda.

Full video : https://youtu.be/PDH543548xw

21/04/2022

Macam mana nak apply UPU Fakulti Undang-Undang masuk jadi peguam? Liyana bagi tips sikit pastu sharing some experience how she end up buka firma guaman sendiri.

Full video https://youtu.be/UvBIMOCyekI

Address

Pusat Hubungan Alumni, Aras 1, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WESB TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share