Hadi Sawin

Hadi Sawin 🎬 Pengkarya Kecil

Sampai sekarang sayatak tahu apa “benda” tu.Kejadian ni berlaku lebih kurang lapan hingga sepuluh tahun lepas, masa saya...
10/04/2026

Sampai sekarang saya
tak tahu apa “benda” tu.

Kejadian ni berlaku lebih kurang lapan hingga sepuluh tahun lepas, masa saya masih bujang dan bekerja sebagai kelindan lori.

Waktu tu, saya tinggal di belakang stor tempat kerja. Bukan bilik pun sebenarny, cuma ruang kecil yang cukup-cukup untuk bentang tilam dan letak barang. Tempat tu biasanya digunakan staf untuk berehat, tapi saya dan seorang kawan dari Pahang jadikan tempat tidur.

Kami memang selalu berdua. Kadang-kadang balik kerja lewat, ada masa sampai pukul tiga, empat pagi. Penat, terus tidur. Tak pernah terfikir apa-apa yang pelik.

Cuma malam tu, kawan saya balik kampung. Tinggallah saya seorang.

Sebenarnya sebelum ni pun pernah juga tidur sorang. Tak pernah rasa apa-apa. Tapi entah kenapa malam tu memang lain.

Belakang stor tu ada kawasan kumbahan dan sedikit semak. Tapi biasanya tak gelap sangat sebab ada lampu luar. Cuma malam tu, saya tutup lampu dan terus tidur macam biasa.

Sampai satu ketika… saya tersedar.

Lebih kurang dalam pukul tiga atau empat pagi.

Saya buka mata perlahan… dan masa tu lah saya nampak sesuatu.

Dekat tingkap atas, jenis tingkap selak satu keping… ada satu objek hitam keluar perlahan dari situ. Gerakan dia sangat smooth… perlahan, macam slow motion.

Jarak tingkap dengan tempat saya baring dalam 10meter..

Bentuk dia, jujur cakap, sampai sekarang saya tak pasti. Sekali pandang macam tangan. Tapi dalam masa yang sama… macam ular.

Hitam. Pekat.

Apa yang buat saya lagi pelik… benda tu tak menuju ke arah saya. Dia keluar straight sahaja, seolah-olah langsung tak hiraukan saya yang sedang baring di bawah.

Masa tu saya tak berani bergerak banyak. Saya cuma perlahan-lahan geser kepala ke tepi, cuba elak. Dalam kepala dah macam-macam fikir, tapi badan kaku.

Beberapa saat lepas tu… benda tu perlahan-lahan keluar perlahan dari tingkap.

Saya terus bangun dan capai suis lampu. Bila lampu terbuka, saya nampak tingkap tu… memang terbuka. Bukan sikit, tapi beberapa keping dah terkuak.

Masa tu, jujur… saya fikir mungkin ada orang cuba nak masuk. Mungkin nak rompak, atau nak takut-takutkan.

Saya ambil masa sekejap, kumpul keberanian. Capai apa yang ada dekat situ untuk berjaga-jaga, kemudian saya keluar untuk periksa kawasan belakang stor.

Tapi…
Tak ada siapa, Sunyi.

Tak ada bunyi, tak ada bayang, tak ada tanda orang langsung.

Saya masuk semula ke dalam stor, tapi malam tu memang dah tak lena. Kepala ligat berfikir, cuba cari logik apa sebenarnya yang saya nampak tadi.

Esok pagi, saya cerita dekat kawan-kawan tempat kerja. Saya cuba tanya, mungkin ada antara mereka yang sengaja nak takutkan saya.

Tapi semua tak mengaku, Sampai hari ini, benda tu kekal jadi tanda tanya, kalau betul itu cubaan jenayah, logiknya benda tu akan menuju ke arah saya. Mungkin cuba capai, atau buat sesuatu.

Tapi tidak, benda tu langsung tak ganggu saya. Hanya muncul dan hilang, Kadang-kadang saya terfikir…

Kalau malam tu saya tak terjaga, tak buka mata, apa sebenarnya yang akan jadi?

Dan sampai sekarang… saya masih tertanya-tanya, apa sebenarnya “benda” tu.

Korang ada pengalaman yang sama tak?

Hadi Saiwin

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami berdua..
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami berdua..

20/03/2026
19/03/2026

IKLAN RAYA AR.CU | TAKDIR“Setiap rumah tangga diuji dengan cara berbeza. Syukuri apa yang kita miliki, kerana tidak semua orang memiliki...

08/03/2026

Baru-baru ni kecoh semula di media sosial tentang isu pembinaan rumah ibadat di atas tanah milik orang lain. Isu ini sebenarnya sudah lama diperkatakan, dan kali ini ia kembali hangat apabila ramai mula berkongsi semula situasi yang berlaku di beberapa tempat.

Kebiasaannya ia bermula dengan tanda kecil pada sesuatu objek atau kawasan, seperti melilit kain atau meletakkan simbol tertentu. Lama-kelamaan, kawasan itu berubah menjadi struktur kecil, kemudian semakin besar sehingga akhirnya terbina sebuah bangunan.

Perkara inilah yang menimbulkan kemarahan orang ramai. Hakikatnya, ia bukan soal agama semata-mata. Isu yang dipersoalkan adalah tentang hak pemilikan tanah, pelanggaran undang-undang negara, dan tindakan yang dilihat seolah-olah membiarkan perkara ini berlaku. Lebih mengecewakan apabila ada pihak yang bersuara mempertahankan hak tersebut, tetapi akhirnya mereka p**a yang dikenakan tindakan.

Kepada rakan-rakan non muslim, cuba fahami konteks sebenar isu ini. Kebanyakan masyarakat di negara ini tidak pernah mempertikaikan amalan ibadat mana-mana agama. Kita semua hidup dalam negara yang sama dan sudah lama saling memahami antara satu sama lain.

PS: Sekadar makluman, video di sebalik tabir ini dirakam ketika penggambaran sebuah filem pendek untuk penyertaan Kuman Picture Challenge, bertajuk Kain Kuning.

https://youtu.be/jNFTw031_ig?si=W71vA-ytgmkakgGe

04/02/2026

minyak pak wahid pasti berkesan, kalau tak berkesan datang balik minta refund, pak wahid tak lari 😄

-Video Ai

30/12/2025

Official Trailer Filem Pendek - RESET

"RESET" ialah sebuah filem pendek hasil karya Kump**an 1 Along Kamaludin, di bawah program Layar Dakwah Yadim iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), yang bertujuan melahirkan da’e kreatif melalui medium filem dan penceritaan.

🎬 Production Team

Producer — Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Director — Hadi Sawin

Assistant Director — Hafiza Mohd

Writer — Hadi Sawin & Hafiza Mohd

Original Idea — Dmy Annisha Anuar

Production Manager — Rabiatul Alias

DOP / Camera — Hadi Sawin, Mohd Faizal Klx , Hafiza Mohd, Annisha Anuar

Clapper Loader — Dmy Annisha Anuar, Hafiza Mohd

Art Dept. / Props — Rabiatul Alias, Dmy Annisha Anuar, Hafiza Mohd

Drone — Shafiq Haizar

Catering — Warung Warisan Haizar

🎭 Talent

DBoy Hamdan
Azriq Aiman
Dmy Annisha Anuar
Aster Biru
Hayaty Yatt
Shafiq Zan
Shafiqzan Haizar

Terima kasih kepada pihak YADIM, para tenaga pengajar, serta semua kru & pelakon atas kerjasama, ilmu dan sokongan yang menjayakan penghasilan filem ini. Semoga karya kecil ini menjadi asbab kebaikan, dan semoga lebih ramai pelapis kreatif lahir melalui dakwah visual.

Full Video + Director Cut (4K)
https://youtu.be/_9qfr03Q4OI?si=goAHgP_8SVKsczey

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadi Sawin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share