03/06/2025
God calls us to tolerance, not to alliance.
Allah mengajar kita untuk berbuat baik pada semua, tak kira siapa mereka. Kita diajar untuk menyebarkan kasih sayang, menghormati, dan berlaku adil. Tapi Allah juga berpesan, dalam urusan agama dan akidah, jangan sesekali kita menyerahkan prinsip, walaupun atas nama persahabatan, perniagaan, negara, atau cinta.
Kerana Allah ingatkan kita didalam Al-Quran:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai teman rapat (awliya’) selain orang-orang mukmin. Barang siapa yang berbuat demikian, maka lepaslah dia dari pertolongan Allah."
(Surah Ali Imran, 3:28)
Dan juga:
"Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk menguasai orang beriman."
(Surah An-Nisa', 4:141)
Cinta itu suci, dan perkahwinan bukan sekadar tentang dua hati ia tentang perjalanan menuju ke syurga bersama. Kalau asas iman tak sama, bagaimana mahu berpimpin tangan menuju redha-Nya? Kalau prinsip agama dikorbankan, apa lagi yang kita tinggal?
Kita boleh menyayangi semua, kita boleh membantu semua, tapi jangan gadaikan iman demi dunia yang sementara. Berpegang lah pada iman, walau terpaksa melepaskan apa yang kita sayang/suka.