08/02/2026
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Merangkap Pembantu Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah / ADUN N 34 Lumadan atas Penganugerahan Tertinggi Bisaya dengan Gelaran JANANG GAYUH. Syabas dan Tahniah, moga bintang terus bersinar.
Anugerah Janang Gayuh tersebut telah disampaikan Oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Musa Musa Aman diiringi Oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairing Kitingan (Huguon Siou) dan Encik Benjamin Atin selalu Pengerusi Pelaksana merangkap Setiausaha Agung PBBS.
Majlis turut dihadiri Oleh YB Datuk Ariffin Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan YB Datuk Siti Aminah Aching, Ahli Parlimen P.177 Beaufort, YB Datuk Palu@ Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Danau Limbang merangkap Presiden Persatuan Bisaya Sarawak.
Terima Kasih kepada semua AJK Pelaksana, AMT PBBS, pihak protokol Istana, Pancaragam PDRM Sabah, Penerangan, dan semua yang terlihat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penganugerahan Janang Gayuh ini.
Misapol tokou Sumingkot