02/08/2026
📍 Hari Kedua | 29 Julai 2026 (Rabu)
✨ BENGKEL KEMAHIRAN PENGURUSAN ACARA | HARI KEDUA ✨
Hari Kedua Bengkel Kemahiran Pengurusan Acara memberi peluang kepada para peserta mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari melalui simulasi pengurusan acara secara menyeluruh.
Peserta berpeluang merancang, mengurus dan melaksanakan tugasan mengikut jawatankuasa masing-masing sebelum dinilai oleh penceramah. Sesi penilaian, maklum balas dan soal jawab telah memberikan input yang amat berguna dalam memperkukuhkan kemahiran pengurusan, kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan En. Ahmad Fareez Yahya dan En. Mohd Arsy Ardy Mohd Hardy. atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta kepakaran sepanjang Program Kemahiran Pengurusan Acara.
Perkongsian yang diberikan bukan sahaja membuka perspektif baharu, malah memberi inspirasi dan pendedahan yang amat bermakna kepada para peserta dalam memahami aspek pengurusan acara secara profesional serta menepati keperluan industri.
Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, penglibatan aktif dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
“Behind every successful event is a team that plans with purpose, communicates effectively and executes with excellence.”