03/07/2022
⛰Part 2 ⛰
📍KAMPUNG BUDAYA SARAWAK 📍
Di Sarawak, terdapat kampung yang mempunyai pelbagai penerangan tentang sesuatu budaya iaitu Kampung Budaya Sarawak, Santubong, Kuching.
Bagi sesiapa yang meminati dan ingin mengenali lebih rapat tentang budaya yang terdapat di Malaysia, korang boleh datang ke sini.
Kampung Budaya Sarawak terletak di kawasan kaki Gunung Santubong yang mempunyai pelbagai mitos yang tersendiri. Muzium yang terdapat di sini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya.
Terdapat pelbagai jenis paparan yang anda boleh lihat di sini seperti pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama negeri ini.
Terdapat juga persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan dua kali sehari. Antara kraftangan yang popular dan unik yang terdapat di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbur iaitu sejenis tekstil tradisional masyarakat iban.
Kampung Budaya ini menjadi tempat yang ideal untuk orang dari luar negara yang ingin mengetahui budaya yang terdapat di Malaysia khususnya di Sarawak.
Korang yang berada di Bandar Kuching boleh sampai ke kawasan ini dalam masa 45 minit. Korang yang ingin merancang untuk percutian ke Sarawak wajib datang ke tempat ini.
Tiket untuk memasuki tempat ini adalah berharga RM95.00 bagi orang dewasa dan RM60.00 bagi kanak-kanak dan dengan harga ini ianya pasti tidak merugikan anda yang datang ke sini.
Muzium ini memperkenalkan rumah-rumah budaya yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Rumah Panjang, Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.
Teater kebudayaan ini dilakukan dalam masa 45 mini dan cukup untuk menghilangkan rasa penat anda. Teater ini diadakan untuk dua sesi antara jam 11.30 pagi sehingga jam 12.15 petang dan jam 4 petang sehingga 4.45 petang.
Tarian dari setiap etnik seperti tarian Zapin, Iban, Melanau, Silat dan banyak lagi akan dipersembahkan oleh etnik mereka sendiri.
Kampung Budaya Sarawak ini menjadi bukti bahawa Malaysia mempunyai pelbagai masyarakat berbilang kaum dan mereka mampu untuk hidup dalam tempat yang sama dengan aman dan harmoni.