06/10/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 28 Mei 2025, telah berlangsungnya program Kanvas Cilik: Dunia Seni Si Kecil bertempat di Sekolah Kebangsaan Gambang, anjuran Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim (ISKANDAR) bersempena Program KANVAS: Karnival Nadi Variasi Seni Multimedia oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berunsurkan seni dan kreativiti seperti Pertandingan Mewarna, Mini Explorace, dan Pertandingan Kolaj yang melibatkan penyertaan murid Sekolah Kebangsaan Gambang.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyemai minat dan potensi seni dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda, di samping memperkasa kreativiti generasi masa hadapan melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi berkolaborasi dan memberi peluang untuk bersama-sama menjayakan program penuh warna ini.
📷 Kredit fotografi: Nur Alia Irdina, Nur Eliyana Sofea
“Demi Minat dan Warisan.”