16/06/2026
🚨 Pening Tengok Kedai Lain Hari-Hari Post Video Content? Nak Buat Sendiri Tapi Tak Reti Shoot & Edit? 🚨
Zaman sekarang, nak cari tempat makan je semua orang akan buka TikTok, IG Reels, atau FB dulu. Nak tak nak, owner bisnes F&B memang kena ikut trend buat video content supaya kedai sentiasa nampak 'hidup' dan tak ketinggalan berbanding pesaing.
Tapi saya faham... bukan semua owner ada masa nak belajar shoot angle lawa-lawa, apatah lagi nak pening kepala mengadap phone berjam-jam untuk edit video. Anda sibuk urus operation kedai dan jaga kualiti makanan.
Sebab tu saya nak bantu mudahkan kerja anda. Saya tawarkan TRIAL (Percubaan) Video Shoot RM150 Sahaja khas untuk owner kedai makan sekitar Shah Alam, Selangor & KL yang perlukan bantuan untuk mula buat content.
Dengan pakej percubaan RM150 ni, ini yang anda akan dapat:
🎥 Video Kemas & Sedia Untuk Di-Post: 1x Video berformat menegak (9:16) yang proper. Anda boleh terus guna untuk post di platform media sosial kedai (TikTok, IG, FB) supaya page anda tak bersawang dan nampak aktif.
🧠 FREE Brainstorming & Consultation: Takde idea langsung nak buat video jenis macam mana? Jangan risau, biar saya yang fikirkan. Kita akan duduk bincang santai untuk kenal pasti angle terbaik dan kesesuaian visual dengan vibe kedai anda.
⚡ Siap Dalam Masa 1 Hari Selepas Shooting: Tak perlu tunggu lama. Hari ni kita shoot, esok video dah siap edit dan diserahkan ke tangan anda untuk terus upload.
Tujuan utama video ini bukanlah janji bulan bintang untuk terus meletupkan sales anda sekelip mata.
Sebaliknya, ia adalah penyelesaian untuk pastikan kedai anda mempunyai 'digital presence' (penampilan online) yang cantik dan sedap mata memandang. Bila pelanggan search atau terjumpa page anda, sekurang-kurangnya mereka nampak visual makanan yang presentable dan meyakinkan.
Jom kita test mula dengan satu video dulu. Biar saya uruskan bahagian visual, anda fokus pada makanan.