Dzoul It Tech Solution

Dzoul It Tech Solution Kedai komputer, cyber cafe, printing, photostat, CCTV Wireless IP Camera solution, Repair dan Servis Komputer, IT Gadget & Computer Accessories

AssalamualaikumSalah satu aplikasi saya dekat Play Store sekarang ni dah cross-platform antara Android dan iOS (iPhone/i...
24/05/2017

Assalamualaikum

Salah satu aplikasi saya dekat Play Store sekarang ni dah cross-platform antara Android dan iOS (iPhone/iPad).

Aplikasi d'Sini - Location Sharing sekarang ni boleh digunakan pada smart-phone Android dan juga iOS. Memudahkan sikit untuk monitor atau track lokasi anak/isteri/suami/rakan secara automatik yang menggunakan iPhone dan juga Android.

Aplikasi tersebut boleh dimuat-turun di:
http://dsini.dzoul.com

Atau, direct link kat App Store:
https://itunes.apple.com/app/id1237540207

Direct link untuk Android adalah:
https://play.google.com/store/apps/details…

Sudi-sudikanlah bantu saya untuk LIKE atau SHARE, serta download dan install aplikasi terbabit. Aplikasi tersebut adalah PERCUMA untuk dicuba ...

Kerjasama dan bantuan saudara/i amatlah saya hargai.

AssalamualaikumAplikasi Android yang simple ini sebenarnya dibina bertujuan untuk kegunaan sendiri bagi mengetahui lokas...
17/01/2017

Assalamualaikum

Aplikasi Android yang simple ini sebenarnya dibina bertujuan untuk kegunaan sendiri bagi mengetahui lokasi terkini anak & isteri.

Rasanya amat berguna pada saya kerana dapat mengetahui dimana lokasi anak yang sedang belajar ... almaklumlah, anak pompuan ... :)

Dengan aplikasi ni, tak perlulah lagi risau ... sesekali boleh monitor ... tengah kuliah ke? tengah makan kat kantin ke? atau berada di asrama?

Aplikasi ini akan memaklumkan secara automatik kedudukan lokasi pada jangkamasa tertentu yang telah diset pada tetapan aplikasi terbabit ... tak perlu on setiap masa pun aplikasi ni ...

Ianya adalah percuma untuk dicuba ...

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.dsinifree

14/01/2017

Selamat Sejahtera

Beberapa aplikasi Android yang mungkin berguna untuk anda:-

1) eZ Budget Planner
Aplikasi untuk merekod perbelanjaan harian dan mengawal bajet anda. Boleh 'share' bajet dan setiap transaksi dengan orang tersayang.
Free download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.eZBudgetPlannerTrial

2) eZ Remind Me
Aplikasi untuk 'remind' perkara yang perlu dilakukan. Juga berupaya untuk 'share' reminder dengan orang tersayang secara automatik.
Free download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.eZRemindMe

3) d'Sini : Location Sharing
Aplikasi untuk mengetahui dimana orang tersayang berada atau memaklumkan lokasi anda secara automatik.
Free download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.dsinifree

4) Terjemahan Quran Melayu
Aplikasi rujukan untuk terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu
Free download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.terjemahanQuran

5) eZ Receipts Keeper
Aplikasi untuk menyimpan resit-resit secara digital di telefon pintar anda.
Free download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.eZReceiptsKeeperTrial

6) eZ Document Tracker
Aplikasi ringkas untuk merekodkan dimana kita letakkan dokumen-dokumen penting.
Free download: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dzoul.eZDocumentTrackerTrial

Dapatkan aplikasi diatas dari Google Play Store:

https://play.google.com/store/search?q=pub:dZouL%20IT

ADA YANG PLAN NAK MONITOR KEDIAMAN DARI KAMPUNG BALIK RAYA NANTI?Selamat berpuasa dan semoga kita dapat memperbanyakkan ...
01/06/2016

ADA YANG PLAN NAK MONITOR KEDIAMAN DARI KAMPUNG BALIK RAYA NANTI?

Selamat berpuasa dan semoga kita dapat memperbanyakkan ibadat dibulan Ramadhan ini. Ada ke yang dah plan nak balik kampung mana tahun ni? Lama lagi tu ... :) ... tapi kalau nak buat persediaan, boleh je buat persedian dari sekarang.

Selalu terkenangkan rumah yang ditinggalkan bila balik kampung? Tak perlu risau sangat, insya-Allah semuanya OK ... tapi, kalau nak cuba monitor rumah yang ditinggalkan tu dari jauh (bila balik cuti raya), boleh try DIY pasang CCTV (IP Camera) dekat rumah tu ... terpulang nak letak kat mana ... nak letak kat Porch ke, kat belakang rumah ke .. kat dalam rumah ke ... janji ada internet (WiFi) dan power plug. Settle, boleh monitor bila-bila masa yang kita mahu (dari 3G broadband atau WiFi) ... kami akan bantu macam mana konfigurasi dan cara pasang kalau bermasalah. KAMI AKAN GUIDE SEHINGGA BERJAYA ...

~~~~~~~~~~~~~~~
Terdapat beberapa model Wireless IP Camera yang boleh dipilih:

1) Foscam FI9831P Wireless Pan/Tilt 960P
- 1.3 MegaPixel Camera (960P HD video)
- Support Remote Pan/Tilt control
- Support P2P remote control (Plug & Play)
- Support Wireless Wifi b/g/n & with WPS
- Support 2-way-audio
- Support Night Vision
- Support Iphone/Android mobile
- Support SD memory card storage

2) Foscam C2 Wireless 1080P Full HD IP
- 1080P Full HD Wireless IP Camera
- 120° Super Wide Angle H264 Video
- Plug&Play By Scanning QR code
- Day/Night Surveillance Capability
- PIR Sensor Accurate Motion Detetion
- Supports 32G micro SD Card
- Free iOS and Android APP
- Supports two-way Audio

3) Foscam FI9816P Wireless Pan/Tilt HD
- 1.0 MegaPixel Camera (720P HD video)
- Support P2P remote control (Plug & Play)
- Support Pan/Tilt control
- Support Wireless Wifi b/g/n & with WPS
- Support 2-way-audio
- Support Night Vision
- Support Iphone/Android mobile
- Support SD memory card storage

4) Foscam C1 Wireless HD
- 720P HD Wireless IP Camera
- 115° Super Wide Angle H264 Video
- Plug&Play By Scanning QR code
- Day/Night Surveillance Capability
- PIR Sensor Accurate Motion Detetion
- Supports 32G micro SD Card
- Free iOS and Android APP
- Supports two-way Audio

5) Foscam FI9803P Outdoor Wireless HD
- 1.0 Megapixel HD (1280x720P) Waterproof IP camera
- Support Iphone/Android mobile
- Supports remote viewing & record from anywhere anytime
- Infrared Array lamp night vision range up to 20m

Boleh juga rujuk web www.foscam.my untuk model-model lain.
~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau nak kami suggest kan IP Camera mana yang nak dipasang, boleh jer ... PM jer kami ...
:)

Yang paling penting, ada power socket dan juga internet.

Kena pastikan ada 3 Pin Plug socket dekat tempat nak pasang sebab Camera gunakan power adaptor 3 Pin tu ... panjang power adaptor camera tu, 1 setengah kaki jer ... kalau tak ada lagi power socket berdekatan, kena usahakan dulu pasang plug socket tu ... kalau berani, buat sendiri jer ..
:).. Jimat kos ... extend power plug point dari mana-mana existing power socket. Kalau tak berani, kena cari wireman yang pakar ...

Untuk pemasangan dekat porch (dan kawasan yang berbumbung - tak kena tempias hujan), boleh jer pasang IP Camera indoor punya ... kalau tempat pasang kena tempias hujan, nak kena guna IP Camera yang Outdoor punya ... tapi, yang outdoor punya tak boleh nak control pusing kiri, kanan, atas dan bawah dari remote (dari phone) - yang ada tulis feature pan/tilt tu bermakna kita boleh pusingkan camera tu dari jauh guna phone.

Kalau berminat untuk cuba DIY pemasangan Wireless IP Camera dan monitor bila dikampung nanti, cepat-cepat PM kami ... Harga berpatutan dan kami akan bantu sehingga berjaya monitor dari mana2 pun kita berada (guna phone + internet/broadband) ... kalau lambat, tak sempat pulak nanti ...
:)

=== KOMEN PM - KAMI SEDIA MEMBANTU ===
=== KOMEN PM - KAMI SEDIA MEMBANTU ===
=== KOMEN PM - KAMI SEDIA MEMBANTU ===

Penghabisan stok. Jual murah.1) Android Smart-TV2) Wireless IP Camera + NVR Kit (4 kamera + recorder)3) HD Wireless IP C...
19/10/2015

Penghabisan stok. Jual murah.

1) Android Smart-TV
2) Wireless IP Camera + NVR Kit (4 kamera + recorder)
3) HD Wireless IP Camera

1) Android Smart-TV box
Alat yang boleh disambungkan ke HDMI slot TV untuk jadikan TV anda sebagai Smart-TV (access youtube di TV, play android game). Mempunyai build-in 5mp Camera untuk kegunaan Skype. Datang sekali dengan Air-Mouse.

2) Wireless IP Camera + NVR Kit
4 unit Wireless IP Camera berserta dengan NVR (Network Video Recorder yang dipasang dengan 300GB HDD).

3) HD 720P Wireless IP Camera
Penyelesaian CCTV yang mudah, tanpa pendawaian ke decoder. Mempunyai SDcard slot yang membolehkan rakaman video (Max sdcard 32GB). Tidak perlukan docoder tambahan dan pendawaian ke decoder.

PM untuk negotiate harga. Penghantaran menggunakan courier service.

Hard Disk dah kritikal ni, jangan tunggu lama-lama. Backup data & backup system. Create recovery disk sebagai langkah be...
08/09/2015

Hard Disk dah kritikal ni, jangan tunggu lama-lama. Backup data & backup system. Create recovery disk sebagai langkah berjaga-jaga. Tunggu masa je tu utk 100% out.

AssalamualaikumSolusi terkini bagi yang menginginkan CCTV dikediaman atau mengawasi bilik anak kecil yang juga boleh dig...
08/06/2015

Assalamualaikum

Solusi terkini bagi yang menginginkan CCTV dikediaman atau mengawasi bilik anak kecil yang juga boleh digunakan kepada yang tidak mempunyai sambungan internet di rumah.

720P HD Wireless IP Security Camera (CCTV)
- Teknologi terkini yang juga membolehkan capaian terus dari smartphone/Notebook ke WiFi camera tanpa perlukan internet router (kepada yang tidak mempunyai internet).
- Kamera mempunyai dua antena yang memberikan capaian yang lebih stabil dan jarak yang lebih jauh.
- 720P HD (1280 x 720) memberikan paparan gambar yang jelas.
- Dibekalkan dengan Free DDNS bagi capaian dari internet
- Teknologi infrared untuk paparan waktu malam/gelap.
- Hanya rekod jika terdapat pergerakan dikesan didepan kamera
- Merekod sebarang pergerakan terus ke SDcard
- Hanya perlukan power-plug, tanpa sebarang pendawaian lain.

Sesuai untuk kegunaan:
- Mengawasi bilik anak kecil (baby monitor)
- Mengawasi premis kedai
- Mengawasi rumah secara online bila bekerja (perlukan internet)
- Mengawasi dalam atau luar rumah (porch)
- Memainkan semula pergerakan yang dikesan dan direkod pada SDcard dari PC/Notebook/Smartphone

PM untuk maklumat lanjut.

AsSalam semua,Khusus untuk anak bangsa yang berminat dan ingin belajar asas membina aplikasi android. Bina aplikasi andr...
30/04/2015

AsSalam semua,

Khusus untuk anak bangsa yang berminat dan ingin belajar asas membina aplikasi android. Bina aplikasi android dengan mudah dan pantas serta menjadi salah seorang dari jutaan 'pembina/developer' aplikasi android yang ada diseluruh dunia. Tanam cita-cita untuk menyenaraikan aplikasi anda sendiri di Google Play Store. Juga berpeluang bina pendapatan secara 'senyap' dengan pasaran ke seluruh dunia.

Satu aplikasi yang berjaya adalah jika ianya mempunyai idea dan konsep yang unik. Saya yakin, terdapat antara anak bangsa yang mempunyai idea yang bernas untuk menempatkan diri sebagai salah seorang dari pemaju aplikasi android suatu hari nanti.

Kursus yang seumpama di pusat latihan komputer adalah bernilai ribuan ringgit, kami memberi peluang kepada anak bangsa yang ingin memajukan diri dan mempunyai tekad dan semangat yang tinggi untuk belajar dan menimba ilmu dalam bidang teknologi terkini ini dengan kos yang amat rendah.

Anda tidak perlu mengetahui secara terperinci bidang pengaturcaraan, anda akan diajar bagaimana cara hendak membina aplikasi tersebut tanpa perlu sebarang pengetahuan tentang pengaturcaraan komputer. Aplikasi Android perlu dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan 'Java' dan ianya amat sukar untuk difahami oleh sesiapa yang tidak mempunyai asas pengetahuan tentang bahasa pengaturcaraan 'Java' ini. Namun, terdapat solusi yang membolehkan kita membina aplikasi android dengan lebih mudah tanpa sebarang pengaturcaraan 'Java' tersebut.

Sila PM atau email kepada [email protected] jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus ini.

Jika terdapat persatuan, kelab atau syarikat yang inginkan latihan secara 'in-house', juga boleh PM untuk keterangan lanjut.

Nota:
★ Tenaga pengajar - Freelance developer (https://play.google.com/store/apps/developer?id=dZouL).
★ Boleh sebarkan dan war-warkan kepada yang berminat.

27/01/2015

AsSalam

Sesiapa yang mahukan aplikasi sendiri di Android phone boleh PM saya. Aplikasi yang belum ada atau aplikasi dah ada dekat Google Play Store, tapi taknak bayar kat Mat Salleh tu.

Aplikasi yang simple, mudah dan berguna pada anda. Terutamanya yang berkaitan dengan utiliti (bukan game).

Sila maklumkan:
- tujuan aplikasi
- apa yang dimahukan
- Contoh aplikasi yang dah ada dekat PlayStore

Saya cuba buatkan bergantung kepada kesukaran dan tempohmasa yang diperlukan.

PM saya jika berminat.

Address

Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 13:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00

Telephone

09-266 4433

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dzoul It Tech Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dzoul It Tech Solution:

Share