Afeeq Photography

Afeeq Photography S**a shoot pemandangan, architecture & motorsports. Mobilegrapher. Masih mencuba yang terbaik. πŸ˜ŠπŸ™πŸΌ

Antara kereta rali yang sempat ditangkap terbang tanpa sayap dalam Rally Open Track Day anjuran Saladin Rallying  & Rall...
19/04/2026

Antara kereta rali yang sempat ditangkap terbang tanpa sayap dalam Rally Open Track Day anjuran Saladin Rallying & Rally Sprint X-One di Tanamera Rally Park petang tadi. 🀭πŸ”₯

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Tanamera Rally Park

Suasana dalaman Masjid Puncak Alam ini terasa luas dan menenangkan. Sebaik melangkah masuk terus disambut dengan ruang s...
17/04/2026

Suasana dalaman Masjid Puncak Alam ini terasa luas dan menenangkan. Sebaik melangkah masuk terus disambut dengan ruang solat yang terbuka, bersuhu dingin dan tersusun rapi.

Seni bina dalamannya menggabungkan elemen moden dengan sentuhan Islamik yang halus. Lengkungan mihrab yang tinggi berlapis menjadi titik fokus, dihiasi kaligrafi yang kemas dan elegan, manakala kubah besar di bahagian atas menambah rasa lapang dan sejuk mata memandang.

Tona biru dan emas yang digunakan p**a memberi keseimbangan antara kemewahan dan ketenangan, disempurnakan dengan pencahayaan lembut yang menyinari ruang tanpa berlebihan, menjadikan keseluruhan suasana terasa 'grand' tetapi tetap mendamaikan.

*Imbas kembali suasana dalaman masjid di kala malam 27 Ramadan yang lalu.

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Masjid Puncak Alam, Selangor

Kadang tak perlu tunggu tempat jauh untuk jumpa cantik. Cukup dengan bunga tepi padang sekolah pun dah boleh buat mata t...
16/04/2026

Kadang tak perlu tunggu tempat jauh untuk jumpa cantik. Cukup dengan bunga tepi padang sekolah pun dah boleh buat mata terpana sekejap. Cantik tu bukan pada 'alat' semata, tapi pada mata yang tahu menghargai.

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Puncak Alam, Selangor

Alhamdulillah. Saya kongsikan p**a beberapa aksi Kasma Daniel Kasmayudin yang sempat dirakam menggunakan Honor Magic8 Pr...
13/04/2026

Alhamdulillah. Saya kongsikan p**a beberapa aksi Kasma Daniel Kasmayudin yang sempat dirakam menggunakan Honor Magic8 Pro ketika menjuarai Perlumbaan 2 kategori SS600 Asia Road Racing Championship 2026 di Sepang. Tahniah Kasma! ✊🏼 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Sepang Circuit, Selangor

Alhamdulillah. Rezeki dapat rakam momen-momen indah ni dengan HONOR Magic8 Pro. Lagi best bila Hafizh Syahrin dapat P1 d...
12/04/2026

Alhamdulillah. Rezeki dapat rakam momen-momen indah ni dengan HONOR Magic8 Pro. Lagi best bila Hafizh Syahrin dapat P1 dan Andi Farid Izdihar bawa p**ang P3 untuk JDT Racing Team dalam Asia Road Racing Championship 2026 Pusingan 1 di Litar Sepang.

Slow-slow belajar, tapi momen macam ni memang tak boleh lepaskan. 😊 🏁

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Sepang Circuit, Selangor

Rezeki tak pernah salah alamat. ❀️ πŸ“± Honor Magic8 ProπŸ–ŒοΈ Lightroom MobileπŸ“ Tanjong Karang, Selangor
11/04/2026

Rezeki tak pernah salah alamat. ❀️

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Tanjong Karang, Selangor

Assalamualaikum. Isnin datang lagi, tapi tak semestinya kena berat. Perlahan pun tak apa, janji bergerak. Macam titian n...
06/04/2026

Assalamualaikum. Isnin datang lagi, tapi tak semestinya kena berat. Perlahan pun tak apa, janji bergerak. Macam titian ni, nampak kecil, tapi tetap boleh bawa kita ke depan. Jadi jangan 'overthink'. Mula je dulu. Begitulah. 😊

πŸ“Έ Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Kg. Kunci Air Buang, Tanjong Karang

Kadang-kadang, momen paling best tu bukan pergi jauh-jauh, tapi masa kita berhenti sekejap, tengok sekeliling, dan harga...
03/04/2026

Kadang-kadang, momen paling best tu bukan pergi jauh-jauh, tapi masa kita berhenti sekejap, tengok sekeliling, dan hargai suasana. πŸ›₯️

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Tanjung Piandang, Perak

Lobi Merdeka 118 ni memang lain macam. Ruangnya luas dan penuh dengan garis reka bentuk yang kemas. Gabungan elemen mode...
02/04/2026

Lobi Merdeka 118 ni memang lain macam. Ruangnya luas dan penuh dengan garis reka bentuk yang kemas. Gabungan elemen moden dan material yang nampak premium buatkan suasana rasa sangat β€˜grand’, tapi masih tenang.

Memang port terbaik untuk layan seni bina dalaman sambil cari komposisi menarik.

πŸ“± Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Merdeka 118, Kuala Lumpur

"A little home above the greens."πŸ“Έ Honor Magic8 ProπŸ–ŒοΈ Lightroom MobileπŸ“ Sekinchan, Selangor
31/03/2026

"A little home above the greens."

πŸ“Έ Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Sekinchan, Selangor

Throwback sikit shot Februari lepas di Merdeka 118. Seni bina dia memang lain macam. Futuristik, tajam dan ada identiti ...
29/03/2026

Throwback sikit shot Februari lepas di Merdeka 118. Seni bina dia memang lain macam. Futuristik, tajam dan ada identiti sendiri. Dari bawah, automatik rasa kerdil.

Dengan ketinggian 678.9 meter, inilah bangunan kedua tertinggi di dunia. Bukan sekadar tinggi, tapi satu simbol kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“Έ Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Merdeka 118, Kuala Lumpur

Ada cerita di sebalik gambar ni. Tempoh hari, tengah leka shoot traffic jam dari jejantas depan Masjid Ar-Raudhah Tg. Ka...
27/03/2026

Ada cerita di sebalik gambar ni. Tempoh hari, tengah leka shoot traffic jam dari jejantas depan Masjid Ar-Raudhah Tg. Karang, tiba-tiba perasan banyak sarang labah-labah. Siap melekat kat tangan.

Konon nak try shoot macro. Bila focus dekat labah-labah tu, lampu kereta kat bawah terus bertukar jadi bokeh warna-warni. Terus ngam jadikan sebagai background.

Akhirnya, ini hasilnya. Dari kesesakan lalu lintas jadi sebuah karya. 😊

πŸ“Έ Honor Magic8 Pro
πŸ–ŒοΈ Lightroom Mobile
πŸ“ Pekan Tanjong Karang, Selangor

Address

Tanjung Karang
45500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Afeeq Photography posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Afeeq Photography:

Share

Category