Saya Yamin seorang jurugambar pekahwinan antarabangsa yang berasal dari Kuala Lumpur dan membesar di Yogyakarta, Indonesia. Saya mula menceburi dalam bidang landscape, macro & potrait. Seterusnya saya cuba belajar melibatkan diri dalam bidang wedding & event fotografi. Dengan sambutan dan permintaan daripada orang ramai yang agak tinggi, saya mula lebih fokus kepada bidang wedding fotografi secara
fulltime. Bermula dua tahun yang lalu, saya membangun dibawah nama "YAMINPHOTOGRAPHY" yang diusahakan oleh saya sepenuhnya. Walaupun bertapak di Kuala Terengganu saya boleh menerima tempahan dari seluruh negeri dan rantau asia. Dengan berbekalkan Nikon D5100 saya mampu membuat pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja saya dan sememangnya saya amat komited akan kualiti, prestasi & kreativiti semaksima yang mungkin. Sebagai seorang jurugambar profesional saya bekerjasama dengan semua golongan tidak mengira bangsa dan agama. Terima kasih kepada semua client yang telah menyokong sepenuhnya hasil kerjaya saya selama ini. Saya berharap agar seni fotografi di Malaysia terus berkembang dan mampu untuk bersaing di peringkat global.